Okay hari ini aku nak share sikit pasal budaya bersalam-salaman ni. Aku masih ingat lagi, masa aku kecil-kecil dulu, ayah aku memang sangat particular bab bersalaman ni. Dari kecil, ayah dah ajar aku dan adikberadik pasal salam-salaman ni.
Kata ayah, orang muda wajib hulur tangan dan bersalam dengan orang lebih tua. Bukan itu je, masa salam kena bongkokkan sikit badan dan kalau boleh cium tangan orang tua tu.
So disebabkan dah kena brainwash pasal ini dari kecil, budaya bersalam sambil bongkokkan badan sikit tu dah sebati dengan jiwa kami adik-beradik. Pernah sekali tu aku takde mood, then aku salam atok sedara aku acuh tak acuh je. Ayah aku boleh perasan pula time tu, fuhh balik rumah kena perambat lah weh.
hahaha.... Ayah aku adalah orang lama, budaya, dan adat memang sangat diutamakan. Memandangkan aku pun lahir zaman 80-an, nak tak nak aku pun boleh dikatakan dididik dengan budaya orang lama.
Budaya orang lama yang pentingkan adat dan adab pada orang tua melebihi segalanya.
Tapi... benda ini dah jarang aku nampak sekarang. Zaman Gen Y katanya, ramai anak-anak muda tak ambil peduli pun pasal bersalam ini. Kadang-kadang aku nampak, selamba je main handphone bila ada tetamu datang rumah.
Berbeza sungguh dengan zaman aku, kalau tetamu datang rumah terus ke muka pintu ataupun siap-siap dah berdiri untuk bersalaman.
Aku tak tahu dekat mana puncanya budak-budak zaman sekarang agak biadap macam ini. Ye lah, bagi aku biadap, tapi bagi diorang 'nothing'. Takde rasa bersalah, dan diorang rasa benda ni not big deal.
Bila benda ini berlaku, rasa kekeluargaan dan hormat semakin berkurangan. Yang muda tak hormat, dan yang tua tak menyayangi.
Bagi aku benda ini berbalik pada cara ibubapa yang mendidik. Mak bapa kena amik peranan untuk inform dan didik anak-anak tentang budaya bersalaman (yang mahram saja lah). Beritahu apa hikmah disebalik bersalaman.
Orang-orang Melayu ini, bila dia cipta sesuatu budaya, pasti ada hikmah. Dan selagi ia tak menyanggahi syarak, ikut sajalah. Kalau kita orang Melayu yang tak mahu sambung budaya melayu, korang nak harapkan bangsa mana lagi?
Orang-orang Melayu mementingkan adab, kerana bagi mereka apabila seseorang melakukan sesuatu dengan penuh adab dan sopan santun, tinggilah peluang seseorang mendapat kepercayaan serta diterima dengan baik.
Soal adab ini bukannya takde asal usul. Orang-orang Melayu esktrak perkara ini dari ajaran islam juga. Cuma diorang ubah sana sini sikit, untuk disesuaikan dengan bangsa Melayu.
Islam sendiri mentitik beratkan soal adab di kalangan manusia. Sehingga terdapat beberapa ayat dalam al-Quran spesifik menyatakan kepentingan adab. Faktor utama Nabi diutuskan oleh Allah kepada manusia juga adalah untuk menyempurnakan adab (akhlak).
"Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik." (Hadis Bukhari)
Sebab itu orang-orang lama ada sebut, “terlebih dahulu kamu beradab sebelum kamu berilmu.”
Maka sangat jelas pada kita bahawa orang yang tinggi ilmu itu semestinya tinggi juga adabnya. Selari.
Aku harap, mak bapa dekat luar sana. Sama-sama kita didik anak-anak kita tentang budaya bersalaman dan adab sopan santun Melayu. Ini bukan benda kolot, tetapi budaya yang merentas zaman dan budaya. Suatu perbuatan universal yang diterima oleh semua orang.
Macam aku tulis kat atas tadi tu, kalau kita orang Melayu yang meneruskan budaya orang Melayu, siapa lagi yang korang harapkan?
[11 June 2019 | Melaka]
0 Ulasan