Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

Hari Pertama Yasmiha



Aku tak tahu dah berapa banyak blog yang aku buka.  Kali terakhir blog aku buka ialah yussamir.com, tapi selepas setahun domain itu pun dah expired dan aku tak boleh nak buka pun lagi :(

Kelakar pun ada, merugikan pun ada. Bila aku tengok balik zaman belajar di Universiti dengan sekarang, banyak sangat beza.

Dulu sehari satu posting pun boleh, bukan posting biasa-biasa tau. Posting jenis yang ada cross references bagai itu. :)

Tapi tulah, zaman berbeza ikut juga komitment yang berbeza. Dulu mungkin sebab darah muda, semua benda nak diulas dan ditulis. Tak fikir panjang, apa nak jadi, jadilah.



Sekarang bila dah berkeluarga, komitmen berbeza dan cara berfikir pun berbeza. Sekarang umur dah 32 tahun, anak pun dah 3. Tapi bagi aku tu semua alasan, sebab aku tengok ramai lagi kawan-kawan masih aktif berblog.

Jadi...... bagi mengasah balik bakat aku menulis dan mengulas. Aku buka satu lagi blog yang tak perlu aku nak renew tiap-tiap tahun domainnya. hahaha senang. Aku guna blogspot, rare sikit.

Kalau dulu, aku selalu guna perkataan saya. Tapi aku rasa, orang lebih suka baca Aku, macam rasa lebih dekat dan real.

Okay kenapa YASMIHA? Macam nama perempuan kan. hehe..

Sebenarnya YASMIHA ini gabungan tiga nama anak-anak aku. Anak-anak yang menyejukkan mata, anak-anak yang banyak mengajar aku menjadi seorang papa.

Doakanlah aku dapat menulis setiap hari. Aku akan menulis apa saja yang terlintas dekat kepala aku, dan maybe isu-isu trending yang berlaku kat Malaysia ini aku akan tulis.

Korang kalau nak reach aku dekat media sosial lain pun boleh:

Facebook : Yussamir
Ig: Yussamir


InsyaAllah, aku akan penuhkan blog ini hari-hari ya :) haha...

YASMIHA
10 June 2019



Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code