Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

JAGALAH PERUT TU BRO


"Biasalah bro, dah kahwin ini perut naiklah sikit. Baru macho." Kawan aku tersenyum-senyum bila ditanya pasal perut yang dah kedepan tu. :)

Ye lah, dulu masa bujang kemain fit, bukan je 6pax, hampir ada 8pax waktu tu. Punyalah aku nak gambarkan fit-nya badan dia masa bujang.

"Aku pun macam kau dulu. Lama juga aku biarkan badan ini mengembang, tapi semua tu berubah last ramadhan ini." Saja nak sambung cerita.

Dan kami pun berborak panjang juga lah pasal jaga kesihatan ini. Terutama bab perut, sebab perut adalah punca segala penyakit.

Alhamdulilah, tahun ini bulan Syawal aku dah mula konsistent bersenam. Tak tahanlah dengan badan yang mengembang sana sini. Terasa sangat bila berat badan dari 68kg terus naik 80kg. Berat padu punya.

Paling tak best, kadang-kadang ada rasa sakit sikit kat dada belah kiri. Aku ada tanya Doktor, bukan sebab sakit jantung tapi kemungkinan berat badan yang terlebih. Reason, sakit itu tak lama, dia datang macam selintas lalu je.

So, sejak syawal ini aku dah mula insaf lah. Aku takdelah terus drastik tukar diet bagai. Aku tukar habit aku perlahan-lahan.

Dekat bawah ini aku listkan beberapa habit baru yang aku tengah struggle buat selepas 3 tahun badan aku tak fit. Korang boleh ikut dan adjust mana yang patut okay :)

  1.  Lepas hantar anak ke sekolah, saya akan terus ke taman botanikal. Saya akan slow jog (takdelah slow sangat), dalam 30-40 minit. Sambil lagu blackpink atau BTS (kemain kau), saya akan pastikan terus berlari sampai tak boleh langsung bernafas. Then barulah slow walk untuk habiskan senaman pagi tu.
  2. Minum air masak 3L sehari. Kalau macam saya, 1.5L air mineral, 1.5L saya campurkan dengan tea Herbalife. Kalau korang ada suplment lain, gunakanlah. Tapi macam saya memang dah biasa dengan Herbalife.
  3. Sampai rumah terus makan, makanan yang bernutrisi. Janganlah pergi melantak roti canai 3 keping. Pastu kuah banjir pulak. hahaha... Mcm saya, wife dah siap-siap prepare kan Nutrition Shake. Badan kita time ini, memerlukan nutrisi, bukannya karbo yang tak lengkap. So, waktu inilah perlunya makanan yang lengkap nutrisi untuk dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  4. Jam 1-2 Wajib makan tengahari. Nasi + lauk berprotein macam ayam ke ikan ke + sayur.
  5. Petang akan makan sekali lagi sebelum jam 7petang.
  6. Malam dah tak makan apa-apa. Kalau lapar saya akan makan buah saja.
  7. Potong air gula terus. Tak minum air manis, sebab air manis ini lah buatkan perut memboyot.

Ini 7 benda yang saya buat sekarang untuk jaga badan dan kesihatan. Selain dari badan yang dah tak berapa fit, saya rasa insaf bila baca few hadis mengenai gemuk.

Antaranya:

“Sebaik-baik umatku adalah masyarakat yang aku di utus di tengah mereka (para sahabat), kemudian generasi setelahnya. Kemudian datang kaum yang suka menggemukkan badan, mereka bersaksi sebelum diminta bersaksi.” (HR. Muslim 6636 dan Ahmad 7322)

Generasi terbaik adalah generasi di zamanku, kemudian masa setelahnya, kemudian generasi setelahnya. Sesungguhnya pada masa yang akan datang ada kaum yang suka berkhianat dan tidak boleh dipercaya, mereka bersaksi sebelum diminta kesaksiaannya, bernazar tapi tidak melaksanakannya, dan nampak pada mereka kegemukan”. (HR. Bukhari 2651 dan Muslim 6638)

Kata Imam Qurthubi, "Barangsiapa yang banyak makan dan minum, maka dia akan semakin rakus dan tamak, bertambah malas dan banyak tidur di malam hari. Siang harinya dipakai untuk makan dan minum, sedangkan malamnya hanya untuk tidur. (Tafsir al-Qurthubi, 11/67).

Kemudian, disebutkan pula dalam hadis dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menceritakan salah satu model manusia yang akan diseksa di hadapan seluruh makhluk:

"Sesungguhnya akan didatangkan seseorang yang sangat besar dan gemuk pada hari kiamat, tetapi timbangannya di sisi Allah hanya seberat sayap nyamuk. Bacalah firman Allah, (yang bermaksud), “Dan kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.” (HR. Bukhari 4729 & Muslim 7222)

Cuba korang baca hadis-hadis dekat atas ini. Fuhh sentap bossku. 

Jadi saya nak mengajak korang semua, untuk jaga kesihatan bukan hanya sebab untuk diri saja. Tetapi untuk keluarga dan juga agama.

Bila badan sihat, kita boleh bersama keluarga dengan ceria dan cergas. Boleh main dengan anak-anak, boleh bergurau senda dengan isteri, dan boleh beribadah dengan banyak dan khusyuk.

Kalau korang nak ada coach atau orang yang guide secara pro, untuk bantu korang turun berat badan dan sihat. Korang boleh contact Coach ini. Tekan je LINK ini >> COACH

Akhir sekali, jom kita sama-sama fit!

p/ss: Nak dpt ilmu kurus pun boleh dptkan ebook kat bawah ni. KLIK je..

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code