Seronok sebenarnya buka aib orang
ini, sebab kita dapat gelakkan dan memalukan orang tesebut. Lagi-lagi kalau
orang yang kita buka aib tu, memang musuh dan tak disukai.
Kalau boleh sampai nak bogelkan
semua apa yang disimpan oleh orang tu. Yang penting kita puas hati dan
seronok.
Betul kan?
Kalau korang ada perasaan macam itu,
dan memang teringin sangat nak ambik port pasal aib orang. Better tengok diri
sendiri dulu. Kalau korang sempurna, maksum, tak pernah lakukan kesalahan dan
dijamin masuk syurga. Please teruskan menyibuk pasal aib orang.
Aku selalu tertanya-tanya, kenapa
ada orang suka dan sibuk nak buka dan berkongsi aib orang lain? Malam dapat
berita, bangun awal pagi dengan excited nak menulis di media social tentang aib
orang yang dia tahu malam tadi.
Alangkah ruginya hidup, bangun pagi
dimulakan dengan dosa. Sedangkan Aib sendiri pun Allah suruh kita jaga tutup
serapat-rapatnya, inikan pula aib orang lain.
Sabda Nabi, "“Setiap ummatku akan mendapatkan keampunan dari Allah
Azza wa Jalla kecuali al Mujaahiriin iaitu seorang lelaki yang mengerjakan
sebuah perbuatan (buruk ) pada malam hari kemudian tiba waktu subuh dan Allah
telah menutupi aibnya (berupa perbuatan buruk ). Kemudian lelaki tersebut
mengatakan, “Wahai Fulan, aku telah mengerjakan sebuah perbuatan buruk ini dan
itu”. “Maka itulah orang yang malamnya Allah telah menutup aibnya kemudian
membuka aibnya sendiri di waktu subuh (Hadith Bukhari dan Muslim)
Aib ini adalah perbuatan buruk dan
dosa yang korang lakukan secara senyap dan tertutup. Hanya ada kau dan Allah
yang melihatnya. Islam tidak pernah ingin ambil tahu dan mahu ceritakan keaiban
seseorang yang melakukan secara senyap.
Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki
datang kepada Rasulullah dan berkata:“Wahai Rasulullah, aku berasmara dengan
seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku
tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu."
Lalu Umar al-Khattab berkata kepadanya: "Allah
telah tutupi keaibanmu (alangkah baik) jika engkau menutupi (keaiban)
dirimu". Rasulullah tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan
pergi.
"Rasulullah menyuruh seorang lelaki memanggilnya
dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya), 'Dan dirikanlah sembahyang pada
dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran
dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan.
Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi
orang-orang Yang mahu beringat'. (Surah Hud ayat 114).
Maka ada seorang bertanya: "Wahai Nabi Allah, ini
khas untuknya sahajakah? Jawab Rasulullah: Bahkan untuk manusia
keseluruhannya'."
Hadis ini menunjukkan seseorang itu tidak disuruh
mengakui dosa peribadinya sekalipun di hadapan Rasulullah, apatah lagi
mendedahkannya di hadapan orang lain. Menutup keaiban itulah yang disuruh,
bukan mencari keaiban peribadi orang lain untuk didedahkan.
dengar. Kerana baginda sedar
itu adalah aib yang dilakukan sendirian bukannya terang-terangan.Peristiwa ini
sepatutnya menjadi petunjuk kepada kita, bahawa kita semua wajib berpaling dan
menahan telinga dari mendengar aib orang lain. Sama ada aib itu dari orang yang
kita suka atau musuh kita sendiri.
Islam melarang kita membuka aib
orang lain, supaya pelaku tersebut boleh bertaubat. Bayangkan kalau korang buka
aib dia, kemudian dia rasa malu. Dan biasanya kalau jadi macam ini, pelaku dosa
ini akan rebel dan terus merosakkan diri dia.
Bila korang dengar atau nampak aib
orang lain, simpanlah seorang-seorang. Lagi bagus, jumpa dia personal dan
nasihatkan dengan baik bukan menghukum. Tak perlu jadi Mufti,tapi jadilah
kawan.
Aku suka dengan kata-kata seorang
ulama besar ini, nama dia Fudhail bin Iyadh rahimahullah. Kata dia,
“Sesungguhnya Mukmin itu akan senantiasa menutupi dan menasihati; sedangkan
orang munafik dan pendosa senantiasa akan membuka aib serta mencela.”
Kalau kita mengaku sebagai Muslim
dan Mukmin. Berhentilah menyibuk dengan aib orang lain. Lagi-lagi dengan isu
terbaru yang tengah hangat sekarang pasal video menteri berhubungan sejenis.
Aku rasa tak perlu kot nak update posting dan rasa excited dengan isu itu.
Biarlah dia nak buka aib mereka.
tapi kita sebagai mukmin, menahan diri untuk menyibuk dan ambil tahu pasal
benda ni.
Aku tinggalkan korang dengan hadis
ini, supaya kita semua berhati-hati dan dirahmati Allah. Tapi kalau korang rasa
nak Allah buka Aib korang, teruskanlah membuka dan menyibuk tentang aib orang
lain. Kalau berani le.
Sabda Nabi, "Hai
orang-orang yang beriman dengan lisannya namun imannya tidak sampai ke hatinya!
Janganlah kalian mengata (bergosip) terhadap kaum Muslimin! Jangan pula kalian
mencari-cari kesalahan mereka. Sesungguhnya, orang yang mencari-cari aib
Muslimin, maka Allâh akan mencari kesalahannya. Barangsiapa yang Allâh cari
kesalahannya, maka Allâh akan membuka keburukannya di dalam rumahnya.” (Hadis
riwayat Imam Abu daud)
0 Ulasan