Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

SAMPAI BERTEMU NANTI DR MORSI


Hari ini dunia Islam menangisi kesyahidan Dr Morsi, seorang president dimoktratik pertama Negara Mesir.

Semoga Allah rahmati bekas Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi. Beliau seorang pejuang Islam dan Hafiz al-Quran. Semoga perjuangan dan al-Quran yang dihafaznya terus memimpinnya bertemu Tuhannya.

Orang hebat pergi meninggalkan kita, dengan harapan dan doa agar Islam kembali bangkit memimpin dunia. Sesungguhnya Dr Mosri adalah seorang khalifah yang dibangkit oleh Allah untuk menyeru umat kembali kepada agama yang benar. Tetapi Allah pinjamkan beliau kepada umat dalam kadar yang sedikit.

Beruntunglah Dr Morsi kerana beliau telah menyahut seruan Allah agar bangun menjadi seorang khalifah yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Sesungguhnya manusia diciptakan adalah untuk menjadikan khalifah di bumi. Dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan, dan mencegah perkara-perkara yang mungkar. Firman Allah, “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (al-Imran 3:104). 

Namun sayang Allah meminjamkan beliau kepada umat dalam kadar yang pendek. Tidak puas lagi kami melihat dan mendengar ucapan-ucapan semangat dan berani beliau di TV.

Moga Allah meletakkan beliau dikalangan orang yang beruntung dan terbaik, sepertimana janji Allah, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”. 

Orang-orang lama selalu berpesan, "orang baik Allah ambil cepat." Saya katakan, bahawa Dr Morsi bukanlah mati, tapi meneruskan sebuah lagi perjalanan bertemu penciptaNya. Sebuah perjalanan panjang, yang pastinya menjanjikan kebahagian untuk pejuang seperti beliau.

Semoga obor semangat perjuangan beliau terus disambung oleh ummat Islam. Satu tokoh yang terdidik, berakhlak, dan penuh iltizam menegakkan syiar Islam.

Kami semua pasti merindui dan akan teruskan doakan untukmu Dr Morsi.

انا لله وانا اليه راجعون
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

اَللهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّة وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.
اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ بِالْقُرءَانِ الْعَظِيْمِ رَحْمَةً وَاسِعَةً، يَامَالِكَ الدُّنْيَا وَالْأَخِرَة.بِرَحْمَتِكَ يَآاَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن




Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code