Antara benda yang selalu saya fikir bila nak menjual ialah, "Adakah produk yang aku akan buat nanti, beri manfaat kepada pengguna?"
Dalam perniagaan bukan semuanya fikir duit duit dan duit. Bagi saya, sesuatu produk yang bagus dan berkualiti adalah yang dapat memberi manfaat. Selain dari manfaat, produk itu dapat memenuhi permintaan orang ramai.
Bagi saya 2 perkara ini sangat penting ; Manfaat & penuhi permintaan.
Jika produk yang kita ingin jual ada dua perkara ini, saya percaya produk itu akan diterima dan jualan pasti meroket ; jika kena dengan caranya.
Kenapa saya kata macam itu? Walaupun produk dah ada dua perkara wajib ini, tapi orang tak tahu dan tak kenal, maka sia-sia lah.
Jadi, faktor seterusnya bagi memastikan produk kita terjual ialah bergantung kepada Bagaimana kita memasarkan produk tersebut.
Bila cakap mengenai pemasaran, ia bermaksud "Cara untuk orang ramai mengenali produk kita"
Pemasaran adalah aspek yang genting bagi semua para peniaga. Pemasaran menggunakan belanja yang besar, dan ia tidak boleh berhenti dan dibuat kejap-kejap.
Pemasaran adalah perbelanjaan berterusan, bagi memastikan orang ramai kenal dan terus mengingati. Ambil saja beberapa contoh produk besar seperti, KFC, MCD, Pizza Hut, dan Nestle (milo), sehingga ke hari ini mereka masih menjalankan aktiviti pemasaran.
Hari ini, kaedah pemasaran telah berkembang dan berubah. Tidak seperti zaman dahulu yang BESAR belanjanya, tetapi tidak dapat mencakupi banyak kawasan.
Sekarang dengan adanya teknologi, pemasaran dapat sampai walaupun ke ceruk kampung. Internet dan telefon bimbit adalah alat pemasaran paling berkesan waktu ini.
Jadi, bagi para peniaga perlu mengambil berat dan ambil tahu tentang pemasaran online. Tuju pengiklanan ke arah platform-platform internet yang selalu digunakan oleh orang ramai. Antaranya Facebook, Instagram dan Twitter.
Tiga platform digital ini adalah lubuk untuk memperkenalkan produk yang peratusan sangat tinggi untuk membeli selepas itu. Bayangkan hanya berbekalkan sehari RM50, para peniaga sudah boleh membuat pemasaran dan mencapai lebih 100 ribu orang bakal pelanggan.
Saya ambil contoh Venko, sebuah jenama yang memasarkan kasut Tawaf Saie untuk para jemaah Haji dan Umrah.
Kasut ini menepati 2 ciri utama iaitu Beri Manfaat & Memenuhi kehendak orang ramai.
Kini Venko sedang dalam fasa pemasaran yang agresif. Sudah pastinya pemasaran agresif memerlukan dana yang besar untuk dilaburkan. Semuanya bagi memastikan orang ramai Tahu, dan mahu membeli.
Venko menggunakan platform Facebook dan Instagram bagi memasarkan Kasut Tawaf Saie mereka. Dan sehingga kini, mereka berjaya menjual lebih 3000 pasang kasut sejak dari tahun 2018. Bayangkan sudah 3000 orang menggunakan kasut Venko untuk beribadah!
Bagi saya, apa saja produk yang kita ingin jual. PEMASARAN adalah aspek genting yang perlu kita fikir secara teliti dan pastikan mempunyai dana yang cukup.
Setakat ini dapat sesuatu untuk diaplikasikan dalam perniagaan anda? Saya harap artikel ini bermanfaat untuk semua orang :)
Yussamir / Melaka
0 Ulasan