Haha.. masih ingat masa awal-awal saya buka blog ini? Katanya tanak ada domain sendiri, alasan sebab dah banyak kali beli domain tapi tak buat apa-apa sampai expired.
Tapi.... beli juga akhirnya. Hahaha... Semuanya salah orang-orang sekeliling yang minta buat domain sendiri. Macam-macam diracunnya, sampailah 'terbeli'.
Alhamdulilah, proses migrate domain ke blog kejap saja buat tadi. Dan wujudlah www.broyus.com yang saya harapkan dapatlah bertahan sehingga bila-bila dan beri impak kepada masyarakat.
Actually masa nak mula menulis balik itu, ada banyak persoalan dalam kepala ini. Antaranya "Kenapa aku nak menulis balik?"
WHY? Orang kata apa BIG WHY saya nak mula menulis kembali?
Sebenarnya banyak sebab, tapi sebab paling utama ialah saya memang suka menulis dan ingin cari bekalan akhirat. Saya tak banyak masa macam orang lain yang boleh berdakwah di lapangan. Jadi bagi saya, menulis adalah medan dakwah yang boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila saja.
Berdakwah tak semestinya hari-hari cakap pasal agama. Bercakap tentang ekonomi, kehidupan, fesyen, teknologi, masakan, kesihatan dan semua kaitan yang mengajak kepada kebaikan juga adalah dakwah.
Kenapa nak sempitkan makna dakwah yang cukup luas. Dakwah itu bermaksud, mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
Firman Allah, "Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada kemungkaran, serta beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; antaranya ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang fasik.” (Ali-Imran: 110)
Selagi mana sesuatu perkara yang kita lakukan membawa kebaikan kepada diri dan orang ramai, dan mencegah manusia dari kemungkaran. Teruskan....
Kalau sesiapa kenal saya semasa zaman belajar dulu, saya sangat aktif beraktiviti. Sering beri 'talk', menulis di dada akhbar, menulis di majalah, dan ber 'street' dakwah.
Selepas dah berkeluarga kekangan masa dan tugasan buatkan saya berhenti buat semua itu. Alhamdulilah, hari tahun ini saya dah bermula, tapi di blog sajalah.
Saya harap tulisan-tulisan dapat beri impak positif pada saya dan kawan-kawan semua.
Doakan saya konsisten!
Owh kejap, kalau korang rasa nak menyumbang dalam aktiviti menulis saya ini. Boleh lah KLIK BUTTON di bawah ini:
Owh kejap, kalau korang rasa nak menyumbang dalam aktiviti menulis saya ini. Boleh lah KLIK BUTTON di bawah ini:
Terima kasih
2 Ulasan
hi..
BalasPadamHi bro/sis :)
Padam