Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

ALAMAK PAGE TERDELETE!!




Bulan lepas adalah bulan nightmare jugalah untuk saya dan team. Page yang kami gunakan untuk business REKAKU telah terdelete secara tidak sengaja oleh saya!

Jap-jap Rekaku ini apa? Rekaku ini kalau korang nak tempah design ke, buat website ke, uruskan marketing ke, uruskan content ke, haaa .boleh lah hubungi diorang dekat sini >>REKAKU 

Okay sambung balik....

Mula-mula tak perasan, tapi bila waktu nak masuk paga untuk tukar copywriting, tak jumpa dekat list page. Aduh, terkejut kejap, godek sana sini. Memang tak jumpa, page ada, tapi saya bukan lagi admin. Dalam page itu tinggal seorang saja tim kami, tapi itu pun sebagai Editor bukan Admin.

Bila jadi macam ini, saya tak boleh lagi posting, jalankan iklan dan apa saja yang berkaitan dengan page tersebut.

So what next? Bertenang bossku.

Benda boleh bawa berbincang, buat apa-apa nak gaduh-gaduh. Saya terus ke bahagian help (boleh rujuk cara hubungi Team facebook untuk sebarang masalah di sini >> SINI << ) 

Saya gunakan kaedah chatting dan email. Untuk email seorang team facebook namanya Kiran berikan saya beberapa soalan untuk dijawab bagi memastikan saya benar-benar pemilik page rekaku.

"Eh senang je, terus dapat balik?"

Come on bossku, Facebook bukan cikai-cikai macam itu. Diorang tak bagi pun lagi page saya itu. Pertanyaan itu sebagai pembuka kata saja, selepas dari soalan tesebut barulah mereka bagi beberapa langkah yang wajib saya buat.

Antaranya saya perlu emailkan kad pengenalan, menjawab 6 soalan dari facebook serta dapatkan Notari Awam dan pejabat guaman.

Apa itu Notari Awam? Pertama kali saya mendengar perkataan Notari Awam. Rupa-rupanya Notari Awam ni seperti pengesahan ke atas pengakuan dan declaration terhadap sesuatu perkara.

Secara definasinya, Notari Awam ini :  Notari Awam (Public Notary) merupakan pegawai awam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan ia diberi kuasa untuk menyaksikan sumpah, mengesahkan dokumen serta melaksanakan fungsi-fungsi lain yang ditetapkan. Tandatangan dan meterai Notari Awam diperlukan dalam pengesahan dokumen undang-undang di kebanyakan negara di dunia.

Jadi selepas dapatkan Notari Awam ini, yang perlu dibayar RM25 untuk cop pengesahan. Saya perlu emailkan semua dokumen serta jawapan soalan-soalan yang diberi.

Selepas dah emel itu, tak sampai 10 minit. Taraaaaaaaa!!!! Saya dah dapat balik right as Admin dan boleh gunakan semula page.

Alhamdulilah, berkat sabar, bertenang dan gunakan saluran yang betul.

Jadi, kesimpulannya. Korang kalau ada masalah atau isu dengan Facebook, bertenang dulu kemudian hubungi diorang dengan segera. Pastikan ada semua dokumen dan bukti atas apa yang korang claim.

InsyaAllah kejap je isu itu akan selesai ya :)
Boleh tengok contoh surat yang telah di Notari kan oleh peguam yang dilantik peguam negara.


SYUKUR.. Jangan lupa untuk LIKE page Rekaku ya :) 
KLIK sini >> PAGE REKAKU

Ilmu & Pengalaman.
Yussamir

Follow me on 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code