Assalamualaikum dan hai Gais!
Hari ini saya nak bebel sikit pasal usahawan kita. Korang janganlah kerut dahi, bukan nak mengata, tapi nak berkongsi. Sebab saya tulis ini pun untuk diri sendiri.
Sejak ada company design dan packaging, macam-macam ragam dan orang yang saya kenal. Kebanyakkan semuanya bagus-bagus dan terbaik. Cuma ada beberapa perkara yang saya nak berkongsi tentang "Pelaburan terhadap design dan packaging".
Ramai usahawan kita sanggup spent berpuluh ribu untuk hasilkan produk ; production. Tak kisah lah sama ada OEM atau buat sendiri ke apa ke. Tapi memang orang kita power bab keluarkan produk untuk bisnes.
Tak kisah habis puluh ribu, macam-macam produk depa boleh keluarkan. Tapi....
Ha ada tapi ini.. Tak semua sanggup keluarkan duit untuk design dan packaging yang berkualiti dan menarik. Berkira untuk laburkan sedikit wang untuk dapatkan packaging produk yang padu dan boleh menawan emosi bakal pelanggan.
Design dan packaging asal boleh, kalau boleh nak design free! Ini adalah realiti. Berbeza sungguh dengan pemikiran usahawan luar negara dan usahawan bangsa lain. Mereka lebih pentingkan design dan packaging yng menarik.
Sebab apa? Sebab mereka tahu pelanggan membeli kerana emosi. Jadi mereka pastikan luaran produk mereka dan bahan- bahan pemasaran mereka dapat menawan emosi bakal pelanggan.
Bakal pelanggan membeli untuk pertama kali 80% disebabkan mata dan emosi. Bukan disebabkan kelebihan produk dan etc.
So, saya cadangkan para usahwan untuk berikan peruntukkan membuat packaging yangmenarik.
Kalau buat plastik itu, pastikan plastik itu ada brand #labelsendiri . Kalau buat kotak itu, pastikan design kotak menarik dan nampak berkualiti.
Dekat Malaysia ini banyak syarikat yang boleh korang tempah plastik packaging. Contoh macam #labelsendiri yang memang kepakaran dia #cetakplastik dan buat packaging.
Jangan berkira untuk design dan packaging. Design kalau takde designer lagi, tempahlah dekat company design yang ada. Jangan berkira, sampai sanggup design kat canva atau powerpoint je.
Contoh korang tempah design bahan-bahan pemasaran macam poster, flyers, banting banner, dan lain-lain itu dekat #rekaku baru berapa je. Tak sampai RM500 pun
Design-design itu bukan pakai sekali, korang boleh pakai banyak kali. Invest Rm500 dapat pulangan RM500k, kan berbaloi tu.
bagi saya, satu saja. Kalau nak bisnes itu jualan dia meroket ratus2 ribu, jangan kedekut invest pada bahan-bahan pemasaran.
Logiknya, nak sales ratus ribu, tapi logo nak bayar RM50. Sangat kontradik. besarkan pemikiran dan jiwa, insyaAllah kita takkan malu dan kedekut untuk melabur dalam design, packaging dan pemasaran.
Korang dapat tak apa yang nak saya sampaikan ini? hehe... kalau dapat, dan bermanfaat. Korang tekan SHARE kat bawah itu.
Terima kasih ye :)
Follow me on
Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
0 Ulasan