Hari minggu lepas, saya dan family bercuti ke Legoland. Memandangkan dah janji dengan anak-anak sebelum oustation ke China lagi. Jadi kenalah penuhi janji pada anak-anak yang dah merengek-rengek nak mandi kolam dan jalan-jalan.
Anak-anak saya ini senang je, bercuti tempat yang ada kolam- setel. Hahah.. diorang tak kisah jauh ke dekat ke mahal ke murah.
Anak-anak syurga kan, yang penting dapat mandi kolam dan happy jalan-jalan, cukup dah bagi mereka. :)
Kenapa legoland? Sebab kitorang dah beli Annual Pas. Masa awal-awal hari itu, ingat nak beli day pass je. Tapi bila tengok diorang punya promo, aduh tergugat iman. haha.
Korang bayangkan, beli Annual Pass boleh masuk semua tempat. Which is, dekat legoland ini ada 3 park,:
1- Waterpark
2- Drypark
3- Sealife.
Korang boleh tengok harga tiket legoland kat bawah ini:
Korang klik kat Triple-Park Pass . Yang ini beli terus annual pass. Banyak sangat jimat. Korang boleh masuk berkali-kali selama 12 bulan.
Boleh baca kelebihan Annual Pass ini dekat sini >> https://www.legoland.com.my/book-visit/annual-passes/pricing-and-benefits/
BEST KE LEGOLAND?
Secara jujurnya, takdelah best mana pun. Untuk budak-budak yes, tapi untuk orang dewasa saya rasa tak berbaloi. Sebab Legoland ini dibina memang khas untuk budak-budak.
Walaupun untuk budak-budak, tetap ada limitation juga. Limit nye ialah, tak semua budak boleh main dekat semua game yang ada di Theme Park. Ada ukuran tertentu, dan bagi budak-budak yang comel macam Yasmin khaira walaupun dah berumur 5 tahun, tak semua dapat main.
Panas...Yes panas. Setakat ini dah pergi kali kedua. Keadaannya sama saja, panas sangat.
So kalau korang nak bercuti di Legoland, pakai je lah tshirt dan selipar. Pakai pakaian yang selesa dan berangin sikit. Kalau ada spek mata gelap dan topi, bawa dan pakailah semasa di sana.
Kitorang baru dua hari kat sana, kulit dah terbakar. Masing-masing kulit jadi gelap. Hahah...
Ni kat bawah beberapa scene kitorang di Legoland.
Ni kat bawah beberapa scene kitorang di Legoland.
Korang boleh buat pelampung guna lego-lego yang ada dekat area situ :)
Dalam Sealife tak banyak sangat lagi ikan. Jerung pun takde bosskur.
OVERPRICE
Dekat dalam Legoland ini, semuanya overprice. Termasuklah makanan. Jadi saya cadangkan, sebelum masuk pergi lah makan dekat luar. Bagi perut tu kenyang barulah bawa anak-anak masuk.
Kalau tak, korang bayar sajalah harga makanan yang tak masuk akal. Masa first time kitorang pergi, tak tahu apa-apa. Dah syok-syok main, lapar pula. Pergi foodcourt, makan nasi beriyani sepinggan RM28. Beli 3 pinggan dah nak dekat RM100. Belum masuk air lagi. Hahaha...
Merchandise dalam ini pun, overprice juga. Saya rasa, memang sengaja buat macam tu. Untuk cover kos-kos operasi legoland ini rasanya.
Kalau korang perhatikan, tak ramai pun datang Legoland ini pun. Masa kitorang pergi, parking tak penuh pun. Boleh kira, berapa je kereta yang ada dekat parking hari itu.
Overall, Legoland best untuk budak-budak, tapi not for adult. Kalau korang nak compare kan dengan universal studio, bezanya jauh langit dan bumi. So dont expect too much dekat Legoland ini.
Just for fun, dan nak bagi anak-anak happy. Pergi je lah :)
Owh kalau nak bermalam, dekat area situ banyak Airbnb atau apartment yang boleh disewa. Booking.com je. Berlambak! Boleh baca juga bab bermalam ini dekat sini >> APARTMENT
Terimas sebab baca posting kali ini.
Selamat berhujung minggu gais.
Follow me on
Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
0 Ulasan