Kedai-kedai di Guangzhou kebanyakkannya operasi bermula jam 10 pagi ke atas. Sebab itu kadang-kadang bila orang yang pertama kali sampai, terpinga-pinga. Jam 8 pagi dah siap-siap nak keluar sarapan katanya.
"Yus jom sarapan." Abang Mail whatsapp saya.
"8 Pagi diorang tidur lagi bang."
"Kau biar betul yus?"
"Betul lah.. baik abang tidur dulu kejap. jam 10 baru kita pergi sarapan ya." Haha... ya, dekat sana sarapan bermula jam 10 pagi. Takde kedai yang buka sebelum jam 10 pagi.
Optionnya, sama ada makan maggie atau biskut cicah milo yang dibawa dari Malaysia. Atau sambung membuta, jam 10 baru bergerak ke kedai makan untk sarapan.
Pagi itu, lepas bersarapan makan mee tarik cina yang diisi dengan hirisan daging serta teh mongolia. Badan terasa segar dan kenyang. Kuah yang tersisa, terus dihirup dengan penuh nafsu, "Sedap lah yus mee tarik sini." Bagitahu kak ecah.
Sampai dihirup macam tu je. memang steady. Saya dah naik muak makan benda ini setiap kali ke sini. haha...
Lepas dah siap isi perut, kami terus bergerak ke pusat borong elektronik yang tidak jauh dari hotel kami. Hanya 3 stesyen, kami dah sampai.
"Okay semua, dekat sini ada beberapa perkara yang perlu semua tahu. bla bla bla...." Semua dengar dengan khusyuk dan ada juga yang buat tak tahu. Lantaklah.
Kawasan pusat borong elektronik di sini besar dan terdapat banyak pilihan. Cakap apa saja, TV, Aircond, PA System, Handphone, laptop, PC, kamera dan semua benda ada lah di sini.
"yus tadi akak beli benda ini 10 biji." Akak asiah tunjukkan saya alat urutan tampal yang baru dibeli pada saya. Akak ini ada bisnes spa di Malaysia, jadi kebanyakkan barang-barang dia beli semua ada kaitan dengan spa dia lah.
"Berapa akak beli?"
"500yuan. Murah gila yuss!!" Akak asiah senyum lebar, dia punya happy kemain lagi. 'Murah' sangat dah tu bagi dia.
Tetiba ada seorang abang ini yang ada sebelah saya mencelah, "Eh tadi aku beli 20 biji dapat 300yuan je." Terbeliak mata akak asiah. hahahah......
Gais! Bila memborong di China, ada 2 perkataan yang korang wajib ingat SURVEY & BARGAIN.
Janganlah bila pergi satu kedai, korang minat dengan barang yang ditawarkan. Lepas itu korang rasa barang dah murah dah tu, kemudian terus beli. JANGAN.
Tips bila memborong kat sana, harga yang ditawar penjual boleh ditawar sehinggalah korang puas hati. Contoh barang macam akak itu beli. Penjual letak harga 1 item 50 yuan kira-kira RM32. Item yang sama, dijual di Malaysia RM150. Sebab itu akak tu rasa murah, sebenarnya salah.
Dari 50yuan itu, korang boleh minta 20-25 yuan dalam RM13. Take it or leave it. Lagi-lagi kalau korang beli banyak lebih dari 10 item. Memang boleh sangat dapat kurang lagi.
Ini lah permainan harga di sana, kalau tak pandai tawar menawar. Kita sendiri yang terlopong bila orang lain boleh dapat benda yang sama lebih murah dari kita beli.
Barang apa itu yang saya cakap kat malaysia diorang jual RM150? jeng jeng jeng...
INI HA. Dekat Malaysia diorang repack balik dan jual dengan harga RM150! |
"Memang semua barang boleh tawar macam itu ke?"
Tak semua! lagi-lagi barang yang melibatkan kualiti. Di china ini ada 3 jenis kualiti berdasarkan harga juga.
1- Paling murah : barangan cepat rosak
2- Sederhana : boleh tahan 6-12 bulan
3- Kualiti 1;1 : Kualiti setaraf barangan original
jadi kalau korang nak memborong, pastikan nak jual barangan tahap mana satu? Sekadar nak buat duit, atau nak ada repeat order?
Kalau sekadar nak buat duit dan dapat makian orang ramai, maka ambillah tahap 1 tu.
Tapi kalau betul nak buat bisnes dan dapatkan repeat order, boleh mula dengan tahap 2 tu.
Kalau tak mahu pening-pening dengan masalah kualiti dan terjamin barangannya, boronglah barangan tahap 3 tu.
Terpulang pada diri masing-masing, tanya iman dan tanya poket. hehe...
Eh panjang pula, kita sambung Ragam Borong China 03 nanti lah ya.
p/s: Dah baca dan dapat something itu, apa kata tekan Button SHARE kat bawah ini, dan share lah di facebook korang :) Barulah semangat saya nak tulis lagi. hehe.
Follow me on
Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
0 Ulasan