Tak semuanya indah-indah bila berada di China, khususnya Guangzhou. Selain dari menjadi pusat borong terbesar di Dunia, ada sisi tidak baik yang ramai tak tahu. Mungkin tahu, tapi tak mahu dihebah-hebahkan atau "ah malas lah nak ambil tahu."
Apa dia tu?
Scam!
Ya scam.
Kaki scammer banyak dekat sana. Kali ini saya nak cerita pasal kaki skem iphone. Benda ini ramai dah terkena, dan kaki scammer ini buat kerja dekat dalam mall!
Berani tak berani lah diorang ini, tapi bagi saya diorang ini dah biasa dan tak pernah kena cekup. Modus operandi mereka senang je, ikut, tawar, ambil duit dan lari!
Ini kisah benar yang berlaku pada diri saya. Ya diri saya. hahaha....
Kes ini berlaku masa awal-awal saya bawa orang ke China, dan kisah ini sangat-sangat buatkan saya stress teruk waktu tu.
Benda ini berlaku dalam tengahari macam itu. Saya dah perasan mamat ini follow grup kami dari awal lagi. Cumanya, saya buat tak tahu dan malas nak ambil peduli. Biasalah kan, kat tempat orang mestilah rasa macam ada orang ikut je.
Sampailah dekat satu kawasan ini, mamat ini tegur grup kami. Dia tegur sambil tunjukkan iphone X sambil sorok-sorok. Dengan cara macam ini, kononnya ini barang ori tetapi nak jual senyap=senyap.
Kami pun macam teruja juga lah, pastu saja tanya berapa nak jual. Dia cakap nak jual 3000yuan saja. Dalam RM1900 macam itu. Full set dengan kepala charger dan charger.
Kitorang pun test-test lah, siap check imei lagi. Memang betul baru dan original.
Dan banyaklah aksi time itu, tengok, try, test, sampailah puas hati. Okay.
Saya kata 'Okay aku nak."
Bila kata okay nak je, dia bawa ketepi dan minta hp tu untuk tukar kan password bagailah apa lah. Time tu saya pula sibuk mengira duit, dan tak perasan apa dia buat.
Lepas bagi duit, dia pun masukkan iphone tu dalam poket.... Lepas dia bagi iphone tu dia tepuk 3 kali kat bahu, dan terus berlari laju gila dari kitorang.
Tak sampai beberapa minit, saya tengok balik iphone yang dia bagi dalam poket tu.....
"KEJAR!!" saya beritahu yang lain, untuk minta kejar dan cari mamat tu. Semuanya terkejut, dan terus berpecah untuk cari. Takde rezeki, mamat tu dah tak jumpa...
Rupa-rupanya yang dia bagi itu Dummy Iphone.
Masa dia tunjuk itu memang original Iphone, tapi yang dia bagi adalah Dummy Iphone.
Fuhh memang bengang gila dan rasa terkejut sangat. Sekejap je Allah nak tarik.
Eh kejap apa pasal saya cerita? Sebab taknak korang pula yang terkena. Bila dah baca cerita ini, korang dah alert, Sesiapa pun yang hulur atau acah-acah nak jual apa2 handphone bukan ditempat sepatutnya JANGAN BELI, DEKAT PUN JANGAN.
Lepas dari kejadian hari itu, sampai sekarang saya mencari mamat itu. Ada sekali itu jumpa.... Nak tahu apa jadi lepas jumpa itu? Tunggu next RAGAM. :)
Follow me on
Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
'Twitter: https://twitter.com/yussamir
0 Ulasan