Assalamualaikum dan Holaaa guys. Hari ini ada kerja rare nak buat, iaitu nak review satu apartment yang saya dan family bermalam last weekend. hahah... saya jarang review apa lagi promote hotel atau homestay yang saya pernah bermalam.
Tapi kali ini, langgar pantang dan saya nak review Shinchan Homestay. Yes Shinchan weh, hehe.. Homestay ini dekat Afiniti Residensi Medini, Johor Bahru, betul-betul depan Lego Land.
Kalau jalan kaki 10 minit dah sampai, kalau naik kereta 5 minit dah sampai dari Lego Land. Lokasi yang super padu, dan paling best semua fasiliti ada.
Saya book homestay ini melalui booking.com pada hari Khamis. Mula-mula tak nak pun booking Shinchan ini, tapi bila baca review dari guest yang pernah duduk. Majoriti review baik dan bagi good rating untuk homestay ini.
Memandangkan masa tak cukup, tinggal sehari je lagi sebelum ke Lego Land, saya pun book lah on the spot.
Keesokkannya, owner terus whatsapp detail macam mana nak ambil kunci serta lokasi ke homestay. Customer servis tiptop, dan memudahkan urusan guest untuk masuk ke homestay.
Hari sabtu kitorang sampai dalam jam 12 tenghari, tapi tak terus check in. Sebab check in jam 3petang, standard lah benda ini. Jadi kitorang masuklah dulu waterpark, mandi-manda sampailah jam 6 petang.
Lepas keluar dari waterpark, terus heading to Afiniti residensi yang betul-betul berdepan dengan Lego Land.
Semuanya smooth, dari masuk parking (free for guest), sampailah ambil kad untuk check in homestay.
Saya expect, biasa-biasa saja lah. Tak lebih dari apa yang owner paparkan dekat Booking.com. Tapiii... bila masuk saja, WOW. Cantik, kemas, dan paling bagus owner dah siap-siapkan tilam lebih dekat bilik utama. (ada satu bilik saja).
So anak-anak pun selesa nak tidur, tak perlu nak tidur kat sofa bed. Benda nampak macam kecil, tapi owner add value dekat sini. Sebab dia tahu guest dia ini adalah family book.
Secara jujurnya, aku sangat suka keadaan homestay ini. Semua benda ada, korang nak masak pun ada dapur. Pingan mangkuk bersih, water heater yang tak berkerak dan pembakar roti yang bersih.
Kebiasaanya homestay sediakan heater yang berkerak dan pembakar roti yang dah hitam legam. hahah... tapi Shinchan owner ini memang sediakan kelengkapan yang bersih dan tiptop.
Fasiliti lain yang ada dekat sini, open pool dekat tingkat 22, ada gym, ada susur gajah yang cantik bertemakan alam semulajadi. Ada 7eleven, depan homestay ini siap ada mall lagi. Kalau korang nak makan ke apa ke , boleh je jalan kaki ke mall depan homestay.
Overall, kitorang sangat berpuas hati dengan servis dan kemudahan yang disediakan homestay Shinchan. Korang kalau nak bercuti area Lego Land, boleh try homestay ini, dan berbaloi-baloi.
Harga? Semalam baru RM185 nett.
Sangat berbaloi, berbadning nak tidur hotel LegoLand RM1000! haha...
Enjoy gambar-gambar di bawah:
Okay bye :)
Sekian review :)
Yussamir
Melaka
Follow me on
Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
0 Ulasan