Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

SEDEKAH BOLEH JADI KAYA?


Assalamualaikum semua. Apa khabar gais?

Okay hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang tajuk seperti di atas. "Sedakah boleh jadi kaya".Betul ke bila kita sedekah, kita akan jadi kaya? 

Pertama, tiada salah pun dengan perkataan tersebut. Sebab memang betul, sedekah itu adalah jalan atau cara kita mendapat rezeki yang banyak dari Allah. Tapi adakah itu intention yang betul, apabila bersedekah? 

Intention atau niat ini sangat penting dalam agama Islam. Kalau kita buka kitab-kitab yang kumpulkan hadis-hadis Nabi pun, mereka akan meletakkan hadis pertama berkenaan dengan niat.

Niat menjadi petanda aras, adakah amalan seseorang itu diterima atau tidak oleh Allah. Begitu juga bila dalam soal sedekah dengan niat untuk mendapat kekayaan.

Pertama, sebagai Muslim kita semua kena betulkan niat semasa melakukan apa saja amalan kebaikan. Iaitu melakukan kebaikan sebagai satu ibadah kepada Allah. Sedekah adalah anjuran dari Allah dan Nabi, maka sebagai Muslim kita buat dengan ketaatan.

Soal kita boleh jadi kaya atau tidak dengan bersedekah, kita serahkan kepada Allah dalam masa yang sama sentiasa berusaha dan percaya Allah akan makbulkan permintaan kita.

Ya betul, ada banyak ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Nabi menceritakan tentang  kebaikan bersedekah. Antaranya, Allah akan gantikan dengan harga yang lebih baik, disembuhkan dari penyakit dan macam-macam lagi. 

Tapi bukan bermaksud kita boleh menjadikan balasan dunia sebagai orientasi atau tujuan utama ketika beramal kebaikan. Allah dan Nabi sebutkan keutamaan bersedekah di dunia hanyalah sebagai alat motivasi agar kita semua bersemangat untuk beramal.

Cuba kita tanyakan diri kita, layak ke sebagai hamba kita hanya fikirkan laba keuntungan dunia dari setiap kebaikan yang kita buat?


Bagi saya ada 3 perkara yang boleh menjadi kita semua kaya raya.

1- TAKWAH KEPADA ALLAH.

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan  (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Thalaq ayat 2-3)

Dalam ayat ini Allah menegaskan dengan ketaqwaan Allah akan mengeluarkan para hambaNya dari pelbagai persoalan dan kesulitan.

Takwa adalah menjalankan semua perintah dan menjauhi larangannya. Sesuai dengan apa yang Nabi katakan kepada Abu Zar, “Hai Abu Zar, seandainya semua manusia mengamalkan ayat ini, nescaya mereka akan diberi kecukupan.”


2- SEDEKAH

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 261)

Ayat ini Allah berikan motivasi kepada para hambaNya, iaitu mereka yang menafkahkan harta di jalan Allah, pasti Allah akan membalasnya 700 kali ganda.

Termasuk di sini adalah memperoleh dan membelanjakan harta secara halal, terhindar dari riba dan transaksi haram lainnya. Itu rumus matematik rezeki menurut Allah.


3- BERNIAGA DENGAN ALLAH

Perkara ketiga yang saya nak kongsi ialah Berniaga dengan Allah. 

Seperti mana Allah sebut dalam surah Fathir ayat 29-30. Allah berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”

Ayat ini Allah beri gambaran bahawa manusia tidak akan rugi di dunia dan akhirat ialah dengan melakukan 3 perkara : Membaca Al-Quran, Mendirikan Solat, dan Menafkahkan harta di jalan Allah. ALLAH BERJANJI, perniagaan tidak akan pernah akan rugi.


Jika anda faham bahasa Arab, ayat-ayat di atas menggunakan Fi'il Mudhori' iaitu karta kerja sekarang (present tens) dan terus menerus. Sama ada dari segi perbuatan mahupun balasan dari Allah. 

Maksudnya, setiap tindakan kebaikan yang niatnya untuk Allah, Allah akan membalasnya terus tanpa bertangguh-tangguh. Dengan syarat, kita beriman dengan setiap apa yang Allah dan Rasul katakan.

Jadi bagi saya, kita semua boleh jadi kaya dengan syarat kita meletakkan keutamaan Akhirat (niat kerana Allah) dalam setiap amal kebaikan yang kita amalkan. Terutama dalam bab sedekah, kita niatkan untuk ibadah kepadaAllah, dan dalam masa yagn sama kita yakin Allah akan mengayakan dan mencukupkan kita di atas sedekah yang diberi.

Mungkin juga ada yang kata "Aku dah sedekah banyak, dan dah niatkan hanya kerana Allah, tapi tak kaya-kaya lagi pun." 

Orang ini mungkin terlupa, ketika dia membaca posting ini pun, telah menunjukkan Allah telah memberikan kekayaan kepadanya, iaitu masih diberi internet, ada laptop atau handphone dan masih hidup. :)

Teruslah mengharap dan meletakkan segala pengharapan kita kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah tidak memakbulkan doa para hambaNya. PERCAYALAH!



Yussamir | Melaka

Follow me on 

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code