Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

SUAMI SITI DITAHAN WAD KERANA GULA



"Pengedaran gula domestik telah meningkat daripada 651,973.12 metrik tan pada tahun 2004 kepada 806,381.88 metrik tan pada tahun 2009. Sementara pengedaran gula industri pula telah meningkat daripada 306,895.34 metrik tan pada tahun 2004 kepada 474,801.16 metrik tan pada tahun 2009."


Saja acah-acah tulis berfakta macam ini, sebab orang Malaysia bukan tengok pun fakta-fakta ini kan:)

Sebab itu kalau beli air kotak atau tin dekat kedai main ambil je. Tak dan nak tengok dekat label belakang, berapa gram gula ada dalam air tu. Yang penting hilang haus, dan sedap. Gulp gulp...ahhhh.

haha... Tapi itu memang sikap kita. Dulu saya pun macam itu, kalau beli air manis main beli je. Tak pernah nak tengok label belakang. 

Lepas berat badan naik mendadak, terus ada kesedaran untuk berhati-hati dan sentiasa jaga dengan apa yang diminum.

Kalau korang perasan, badan itu naik lemak bukan sebab makan sangat pun. Tapi tabiat minum air manis yagn berlebihan. Pagi minum air teh manis, tenghari minum neslo ais, petang teh tarik, malam pun bedal air manis lagi.

"Bang kalau tak minum nanti saya hyper lah."

Amboi sedap je kau punya hyper. Gula boleh dapat dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.Tu yang makan nasi, ada lauk lagi itu. Semua itu adalah karbohidrat, yang boleh menghasilkan gula yang cukup untuk tubuh badan.

Jadi, takdelah alasan Hyper bagai. haha.

Satu lagi, korang perasan tak dekat label itu kadang-kadang takde pun tertulis gula. Tapi guna nama-nama selain dari perkataan gula, yang sebenarnya adalah gula.

Contoh: sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .

Semua ini adalah GULA. Yang kalau ambil berlebihan akan berbahaya untuk tubuh badan kita. Lagi-lagi dekat perut, memang akan obvious perut membuncit. Semuanya gara-gara gula.


So berapa gram je yang kita boleh minum / makan gula?

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Maksudnya tak boleh lebih dari 10sudu gula sehari.

Tapi seriuslah nak ambil 10 sudu gula sehari? Potong kaki weh.

Dah lah tu dengan air manis. Makanan yang bergula semua itu. Nak makan boleh, tak siapa larang. Tapi berpada-pada lah. Seminggu sekali boleh tahan lagi, kalau dah hari-hari? 

Dari lebihan gula ini lah korang akan dapat macam-macam penyakit, terutamanya Diabetik (kencing manis). Bila dah jadi teruk dan kalau tak dapat dikawal, potong kaki tau. 

Allah bagi pinjam badan ini, jagalah elok-elok. 

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’

Rasulullah SAW menyambung: “Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia belanjakan hartanya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)


So macam mana?  Nak makan dan minum bergula berlebihan lagi? Tanak kan? hehe.

Eh jap, apa cerita tentang suami siti? hahaha...

P/S: Macam ini lah, saya nak cadangkan pada korang yang tengah berusaha untuk turun berat atau nak dapatka tips berdiet. Boleh lah ke sini  >> PROGRAM






Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code