Assalamualaikum dan Hai Gais!
Sekarang jam 11:37 malam, baru ada kerajinan nak share dan tulis kat blog. kah kah!
Okay, malam ini nak share pasal "Malas nak simpan duit". Benda ini mula jadi dekat diri sendiri bila dah selalu pergi China. Dekat China bawa duit tunai itu adalah Rare! Diorang dah tak guna sangat duit tunai, semuanya cashless.
Serius lah? Serius.. hampir semua orang gunakan wechat pay dalam semua urusan jual beli. Hatta, penjual jagung tepi jalan pun ada QR code untuk orang membeli.
Setahu saya, cashless di China bermula tahun 2014. Negara China mula membina cashless society lebih awal dari negara-negara luar dengan sangat effektif dan tersusun.
Pada tahun 2014 lagi, negara China sudah masuk ke era mobile payment, atau pembayaran mudah alih. Manakala pada tahun 2016 sahaja, mobile payment di negara China mencecah lebih 38.6 trilion yuan (USD$5.75 trilion), kenaikan lebih 200 peratus daripada tahun sebelumnya.
Dekat China, boleh dikatakan hampir semua restoran dan kedai makan menerima bayaran dalam bentuk digital. Malah, lebih 68 peratus kedai yang menerima pembayaran mudah alih terdiri daripada kedai runcit dan gerai makanan. Rata-rata penduduk China tidak membawa wang tunai ke mana-mana, dan hanya membayar secara tunai untuk saiz transaksi yang kecil sahaja.
Itu sebab bila bawa wang tunai ke China, dan lakukan transaksi gunakan duit tunai, benda ini seakan-akan rare dah kat sana. haha.
Selain dari nak wujudkan Cashless Society dan pengurusan kewangan yang lebih sistematik dan automatik. Lambakan wang palsu adalah antara faktor utama kerajaan China wujudkan cashless society ini.
Dekat China, isu duit palsu ini adalah isu besar. Kebanyakkan peniaga-peniaga di sana pun sekarang sangat berhati-hati jika berurusan menggunakan wang tunai.
kalau korang ke sana, mesti akan nampak mesin kira duit di setiap kedai. Mesin duit tu boleh detect duit palsu. Diorang terpaksa wajib ada mesin itu, supaya tak kena tipu dan mendapat duit palsu.
Bagi saya, cashless society ini sangat bagus. Negara kita pun dah mula ke arah cashless society, dan saya antara orang yang menggunakan manfaat teknologi ini.
Walaupun ada banyak mobile payment yang wujud, grabpay adalah aplikasi yang saya suka dan seronok digunakan.
Seronok sebab apa? Sebab ada banyak tawaran, faedah, diskaun, dan macam-macam kelebihan bila gunakan grabpay ini.
Sejak pakai grabpay ini, bila makan dapat diskaun 20%, bila tengok wayang dapat diskaun RM5, Naik grab dapat diskaun, topap boleh direct guna grabpay, eh macam-macam lah.
Tapi tak semua tempat boleh pakai grabpay, itu yaagn tak berapa best lah. Macam mana pun, usaha negara kita nak ke arah cashless ini perlu sama-sama kita sokong. Sebab banyak manfaat dan memudahkan segala urusan transaksi yang melibatkan wang tunai.
So kalau korang boleh lagi install aplikasi Grab pay, cepat-cepat lah install dan gunakan. Selamat menjadi Cashless Society.
Follow me on
Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
0 Ulasan