Saya masa awal-awal baca macam tak percaya, dua tiga kali juga baca. Betul ke ini? Saya terus call fatin, dan tanya balik untuk kepastian. Dan Ya memang betul, Neelofa nak beli untuk diri sendiri dan keluarga yang pergi Haji sekali dengan dia.
Alhamdulilah, memang syukur sangat sebab masa awal-awal kami hasilkan kasut Venko ini. Salah seorang selebriti yang kami target untuk pakai kasut venko ini adalah Neelofa.
Kami berharap dengan pengaruh besar dia itu, orang ramai dapat kenal dan mendapat manfaat dari kasut venko ini. Kasut venko ini memang kami hasilkan khas untuk para jamaah haji dan umrah. Kasut yang akan menyempurkan ibadah setiap umat Islam, itu objektif kami.
Harapan menjadi kenyataan, Alhamdulilah.
Saya terus take incharge untuk deal dengan PA Neelofa sehinggalah penghantaran ke KLIA pun saya dan isteri yang buat. Excited bosskite, nak deliver sendiri kasut Venko itu sendiri kepada dia.
Owh jap, semua ini jadi smooth sebab Neelofa ada PA yang sangat baik, humble dan hormat orang. Nama dia Nik, kecil je orangnya, tapi cukup bagus dan sikap dia buatkan kami semua gembira.
Takde loghat-loghat, takde bajet highlevel bagai, dia treat kami sangat profesional dan penuh hormat. Dari whatsapp sehinggalah berjumpa depan-depan, PA Neelofa ini sangat bagus.
Kitorang awal-awal ingat, PA Neelofa ini maybe ranggi, free hair, dan Diva sikit. Tapi kitorang silap, Neelofa pilih PA yang berbeza, dan sebenarnya memberi gambaran yang baik kepada diri dia juga.
"Pandai Neelofa pilih PA dia."Itu yang kitorang dapat cakap bila jumpa dengan Nik ini.
MACAM MANA BOLEH NEELOFA BELI?
Ada kawan kitorang tanya, macam mana Neelofa nak beli kasut venko?
Well thank you pada team saya, yang pernah email PA Neelofa bulan Januari lepas. Kitorang sekadar mencuba untuk tanya berapa rate review dari Neelofa.
Bila PA dia reply balik dengan rate yang 'Wow' itu, kitorang rasa belum masa lagi dengan modal sebesar tu. Then, kami pun takdelah proceed untuk bayar review itu.
Rezekita tak salah alamat orang cakap, dan Alhamdulilah Allah makbulkan doa kami. Bermula dengan Fevret artis kami Dato Siti Nurhaliza, kami bagi hadiah sempena beliau dan keluarga nak tunaikan umrah.
Dari review free Dato Siti yang sangat ikhlas dan best itu, kami dapat bagi hadiah pada Kak Umie Aida pula. Dua-dua ini saya dan isteri hantar sendiri, dengan penuh kasih sayang, aicehh....
Then kak Umie pula post kat insta story dia, dan mula lah bertalu-talu orang whatsapp untuk beli Venko. Kak umie pun best review dan post sangat2 ikhlas dan best. Tak berkira, sebab dia sendiri rasa best pakai kasut Venko dekat Tanah Suci.
Lepas tak sampai beberapa hari, PA Neelofa contact. Then dari situ lah ceritanya.. and the rest is history.
Ingatkan dah takde selebriti nak beli lepas Neelofa, tuptup, PA Wani Hasrita pula whatsapp nak order 2 pasang kasut untuk dia pakai di tanah suci, tunaikan Haji.
Kami satu team sangat2 happy last week, dan memang agak hectic lah kerja. Dan dua hari lepas terus dapat call dari satu Agensi Umrah dari JB untuk meet up dan bincang untuk deal jadi agent Venko.
Alhamdulilh satu persatu Allah beri, dan kami bersyukur sangat. Now kami target nak masuk mainstream media, dan dapat kerjasama dengan agensi-agensi umrah haji seluruh Malaysia.
Doakan Venko shoes, kasut tawaf saie pertama di Asia, dapat terjual 10,000 pasang hingga hujung tahun 2019 ini.
Keep Dreaming, usaha, fokus, dan tawakal kepada Allah. Doa dan minta apa saja pada Allah, dan percaya Allah akan berikan!
Itu je lah nak share kali ini. InsyaAllah next posting saya ada share pasal Online Marketing, dan insyaAllah perkongsian itu banyak manfaat untuk busines owner. Stay tune, nanti saya up untuk next entry ya.
Owh kalau korang nak beli kasut tawaf saie venko untuk kegunaan diri sendiri atau hadiahkan kepada orang, boleh lah contact team sales kami di link di bawah:
Follow me on
Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
Youtube: yussamir
0 Ulasan