Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

NAK BERDOA PUN KENA MASUK KELAS BERBAYAR?



Assalamualaikium dan hai gaisss...

Apa khabar hari ini? Saya doakan anda semua yang tengah baca blog ni, diberkati dan dirahmati Allah. Mesti korang tertanya-tanya, awat saya punya tajuk posting kali ini macam ini?

Kali ini saya nak share beberapa perkara tentang Doa dan trend yang sekarang berlaku didalam masyarakat kita. Iaitu trend kelas dan seminar berdoa yang betul.

Saya tak mahu masuk campur sangat dengan bisnes Doa yang sedang rancak diadakan sekarang ini. Cuma saya nak berkongsi tentang cara dan apa Doa yang Nabi ajar dan didik kita.

No Question, apa yang disampaikan dan diajar oleh Nabi Muhammad 100% mesti diikuti dan ia ada manfaat. Dan semua kaedah dan khafiat doa Nabi dah terangkan dengan detail. Tinggal nak ikut atau tak sahaja, paling penting TIADA BAYARAN.

Doa adalah satu cara para hamba berhubung dengan Allah. Tanpa sebarang perantaraan, dan tanpa sebarang ritual. Cukup sekadar mengangkat tangan, atau bersujud atau sedang berdiri, atau dimana saja, dan mintalah apa saja kepada Allah. 

Allah berfirman, “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.” (Surah al-Mu’min: 60)

Kepada siapa lagi yang boleh kita minta? Hanya kepada Allah kita minta dan serahkan seluruh diri kepadaNya. Allah yang menciptakan kita, dan kepada Allah jualah segalah kita serahkan.

Allah Maha pemurah, penyayang dan pengampun. Malah Allah sangat malu, jika tidak makbulkan doa yang dipinta oleh hambaNya.


Kata Nabi, “Sesungguhnya Rabb-mu (Allah) Ta’ala adalah maha pemalu lagi maha mulia, Dia malu terhadap hamba-Nya (yang berdoa dengan) mengangkat kedua tangannya kepada-Nya kemudian Dia menolaknya dengan hampa." (HR Abu Dawud (no. 1488), at-Tirmidzi (no. 3556), Ibnu Majah (no. 3865) dan Ibnu Hibban (no. 876)



Di bawah ini saya tuliskan kembali cara Nabi berdoa kepada Allah, agar doa dimakbulkan oleh Allah.


1- MENGADAP KIBLAT (jika tahu kiblat di mana)


Dari Jabir radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berada di Padang Arafah, beliau menghadap kiblat, dan beliau terus berdoa sampai matahari terbenam. (HR. Muslim)



2- MENGANGAT TANGAN

Ibnu Abbas radhiallahu’anhu mengatakan, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika berdoa, beliau menggabungkan kedua telapak tangannya dan mengangkatnya setinggi wajahnya (wajah menghadap telapak tangan). (HR. Thabrani)


3- MULAKAN DOA DENGAN MEMUJI ALLAH

“Apabila kalian berdoa, hendaknya dia memulakan dengan memuji dan mengagungkan Allah, kemudian berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian berdoalah sesuai kehendaknya.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan dishahihkan Al-Albani)



4- DOA DENGAN PENUH KHUSYUK DAN SUARA YANG RENDAH

Firman Allah, "Janganlah kalian mengeraskan doa kalian dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” (QS. Al-Isra: 110)



Firman Allah lagi, "Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-A’raf: 55)

Doalah kepada Allah dengan penuh pengharapan dan merendah diri. Sesungguhnya Allah tuhan yang maha mendengar dan maha mengetahui.

Kata Nabi, "Wahai manusia, kasihanilah diri kalian. Sesungguhnya kalian tidak menyeru Dzat yang tuli dan tidak ada, sesungguhnya Allah bersama kalian, Dia Maha mendengar lagi Maha dekat.” (HR. Bukhari)


5- SENTIASA YAKIN DOA AKAN DIMAKBULKAN ALLAH

Sentiasa bersangka baik kepada Allah, dan yakin bahawa Allah akan makbulkan doa kita. Inilah yang kita cuba hubungkan diri terus kepada Allah. Sebagai hamba kita meletakkan 1000% keyakinan dan kepercayaan kepada Allah, bahawa semua doa dan pengharapan kita akan dimakbulkan oleh Allah tanpa sedikit pun keraguan.

Kata Nabi, “Janganlah kalian ketika berdoa dengan mengatakan, ‘Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu. Ya Allah, rahmatilah aku, jika Engkau mahu’. Tetapi Hendaklah dia mantapkan keinginannya, kerana tidak ada yang memaksa Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila kalian berdoa, hendaklah memantapkan keinginannya. Kerana Allah tidak keberatan dan berasa susah untuk mewujudkan sesuatu.” (HR. Ibn Hibban dan disahihkan Syua’ib Al-Arnauth)

Antara cara untuk kita yakin dan mantap berdoa ialah, berdoalah dengan bahasa yang kita faham. Apabila kita berdoa dengan bahasa yang kita faham, kita akan lebih yakin dan lebih dekat dengan Allah.

Bukan kewajiban untuk berdoa dengan bahasa Arab. Doalah apa sahaja yang kita inginkan kepada Allah. 


6- MENGULANG-NGULAH DAN MERINTIH KEPADA ALLAH

Merintihlah dan ulanglah doa berulang kali kepada Allah. Persis seperti seorang anak merintih dan mengulang-ulang permintaan kepada bapanya. 

Nabi Muhammad sentiasa mengulang-ulang dan merintih kepada Allah ketika berdoa.

Ibn Mas’ud mengatakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila beliau berdoa, beliau mengulangi tiga kali. Dan apabila beliau meminta kepada Allah, beliau mengulangi tiga kali. (HR. Muslim)


7- TIDAK TERGESA-GESA UNTUK DOA DIMAKBULKAN

Bunyi macam tak best, tetapi Allah saja yang tahu bila masanya doa para hambaNya layak dimakbulkan. Kerana Allah saja yang tahu apa yang berlaku di masa hadapan.

Kata Nabi, "Doa para hamba akan senantiasa dikabulkan, selagi mana doanya tidak berisi dosa atau memutus silaturrahim, dan selagi mana dia tidak terburu-buru.” Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud terburu-buru dalam berdoa?” Beliau bersabda, “Orang yang berdoa ini berkata, ‘Saya telah berdoa, Saya telah berdoa, dan belum pernah dikabulkan’. Akhirnya dia putus asa dan meninggalkan doa.” (HR. Muslim dan Abu Daud)

Teruslah berdoa kepada Allah, dan sentiasa mengharapkan yang terbaik dari Allah. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah. Mungkin Allah tidak makbulkan di dunia, tetapi Allah makbulkan di akhirat kerana takut jika dimakbulkan di dunia hambanya akan sombong dan berpaling kepada Allah.

Hanya Allah yang tahu.


8- JAUHI MAKAN MAKANAN DAN HARTA YANG HARAM


“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyib (baik). Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. 

Firman-Nya, ‘Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan’. 

Dan Allah juga berfirman, ‘Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu’. 

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga menjadikan rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit kemudian berdoa, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku’. Sedangkan makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan mengabulkan do’anya?” (HR. Muslim)


MAKBUL ATAU TIDAK DOA SESEORANG ITU BUKANLAH BERDASARKAN MATERIAL ATAU TIDAK.

Ada yang doanya tidak dimakbulkan lagi, tetapi Allah dah siapkan syurga tertinggi untuknya.

Ada yang doanya masih belum dimakbulkan, kerana Allah mahu lindungi dirinya dari kufur kepada Allah.

Pencapaian harta, pengaruh dan kemayshuran bukanlah penanda aras seseorang itu doanya diterima atau tidak.

Janganlah segala-galanya kita sandarkan kepada harta.

Doa sebegini sebegini, Allah akan berikan harta.

Testimoninya semua harta, harta , harta dan harta.

Doa ini bukan sekadar itu, doa ini adalah jalan (wasilah) kita berhubung terus dengan Allah.

Cukup-cukuplah dengan seminar dan kelas berbayar untuk belajar berdoa yang betul.

Sampai bila kita mahu menjadi harta dan kekayaan sebagai penanda aras  kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat?


// Stay in Touch, Follow me on : ▸ website | www.broyus.com/ ▸ instagram | http://instagram.com/yussamir ▸ facebook | https://facebook.com/Yussamiryusof.fb ▸ twitter | http://twitter.com/yussamir Business Inquiries : iamyussamir@gmail.com

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code