Sekarang adalah zaman yang sangat laju, sama ada kelajuan maklumat dan teknologi. Bahkan masa yang selalu kita lalui 24 jam juga, seakan-akan tidak cukup kerana terlalu laju bergerak.
Dunia semakin mengecil, dan masa terlalu laju. Jika kita tidak mengejar, masa akan memotong kita sepantas kilat. Nak tak nak, kita semua perlu persiapkan diri dari pelbagai faktor, untuk memastikan tidak ketinggalan dengan kepantasan yang sedang berlaku sekarang.
Dalam masa yang sama, pertumbuhan syarikat-syarikat baru berasaskan teknologi seiring meningkat. Syarikat-syarikat ini menghasilkan pelbagai servis dan produk yang mengisi keperluan masa sekarang dan akan datang. Dan mereka ini digelar sebagai start-up, dan menjadi bualan di dalam industri perniagaan sekarang.
Berpusu-pusu pelabur-pelabur mencari dan ingin melabur ke dalam start-up yang berpotensi. Ya lah, walaupun tidak ketahuan sama ada produk atau servis tersebut sustain atau tidak, bagi mereka melabur kedalam start-up seperti melabur dalam saham.
Jika baik dan bagus, maka keuntungan akan diraih. Jika tidak, bersiap-siap untuk rugi. Adat melabur.
Saya ada terangkan serba sedikit tentang apa itu start-up dan Unicorn dalam Channel Youtube Yussamir.
Jemput tonton dan berinteraksi dengan saya di sana.
KLIK sini >> https://youtu.be/0TUpnDeU0Jo
Okay kali ini saya share beberapa istilah yang selalu orang bisnes gunakan, dan mungkin sebahagian tak faham atau belum tahu.
STARTUP
Start-up ini adalah syarikat yang baru bermula, berasaskan teknologi. Ada beberapa kriteria untuk digelar start-up.
1- Tidak lebih dari 3 tahun usia syarikat.
2- Syarikat beroperasi dengan pekerja kurang dari 20 orang.
3- Syarikat menghasilkan produk atau servis berasaskan teknologi.
4- Pendapatan syarikat kurang dari RM100,000.
5- Beroperasi melalui website dan dalam fasa perkembangan.
LEVEL START-UP
Level-level start-up ini memberi petunjuk kepada nilai dan betapa besarnya pertumbuhan sesebuah syarikat.
Secara umumnya terdapat 6 level start-up.
1- Cockroach : Syarikat yang baru bermula.
2- Ponies : Syarikat bernilai bawah RM50,000
3- Centaurs: Syarikat bernilai RM 4.5 Juta
4- Unicorn : Syarikat bernilai bawah RM 4.5 Billion
5- Decacorn : Syarikat bernilai RM45 billion
6- Hectocorn: Syarikat bernilai RM450 billion
Follow me on Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
0 Ulasan