Assalamualaikum semua.
Pheww.. dah lama tak update blog. Nampak bersawang sangat dah ini :) Okay gaiss kali ini saya share pengalaman berada dalam program Superb.
Apa program Superb ini?
SUPERB ini adalah sebuah program keusahawanan yang dibawah kelolaan Teraju. Sebuah agensi kerajaan di bawah kementerian Ekonomi Malaysia.
Program SUPERB atau dahulu dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan.
Antara objektif utama program ini diwujudkan adalah untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan.
Jadi berbekalkan semangat dan ingin cuba, saya pun hantar borang pencalonan secara online. Ada beberapa perkara perlu diisi dan peserta perlu submit video selama 2 minit menerangkan produk atau servis yang mereka tawarkan.
Alhamdulilah dari 1200 usahawan yang submit borang, saya terpilih masuk ke separuh akhir. Hanya 120 orang saja yang berjaya masuk ke separuh akhir dan dikehendaki hadir ke bootcamp selama 4 hari di Royale Chulan Damansara.
Agak perit juga nak hadir 4 hari berterusan, tetapi alhamdulilah survive! Selama 4 hari ini kami belajar banyak perkara, antaranya adalah bagaimana buat pitch deck yang betul dan cara pitching yang berkesan.
Dalam bootcamp ini bukan sekadar belajar, tetapi bagi saya benda paling berharga dapat dalam sepanjang 4 hari ini ialah Networking.
120 orang usahawan yang datang dari pelbagai cabang perniagaan dan idea. Sesuatu yang sangat menarik dan perlu digunakan sebaik mungkin.
Ada yang menghasilkan robot, rumah autisme, website, aplikasi, education game, QR education, produk makanan sihat, aiskerim sihat dan pelbagai lagi.
Dekat program ini juga saya banyak belajar tentang hal-hal baru tentang startup. Barulah saya tahu pasal pitching setiap bulan, dan tempat-tempat atau agensi yang boleh dipitch. Sebenarnya banyak saja peluang dan ruang yang boleh kita usahakan untuk mendapat pelaburan dan bantuan untuk perniagaan kita.
Cuma tinggal mahu atau tak sahaja :)
MOTIVASI & SALING MEMBANTU
Bila masuk program macam ini, ada dua benda dapat rasa. Pertama cuak sebab ada ramai usahawan yang power2 dan berteknologi tinggi, kedua Motivasi untuk menjadi usahawan yang lebih baik.
Bayangkanlah, korang akan 'bersaing' dengan pelbagai idea dan produk yang mantap-mantap. Bila dapat keadaan ini, korang akan ada rasa nak improve dan pastikan boleh hasilkan produk yang bersaing tinggi dan beri mantaaf kepada orang ramai.
Walaupun 'bersaing' sebenarnya kami antara satu sama lain, support each other. Kami pitching dan bagi idea untuk produk masing-masing. Bagi komen dan cadangan, dan paling best saling memberi contact yang berguna untuk perniagaan masing-masing.
Takde rasa cemburu, dan rasa nak kalahkan orang lain. Benda ini bukan saja-saja, sebab lepas habis program Superb pun kami saling berhubung dalam grup wasap. Ada yang dapat projek sama-sama lepas porogram, ada yagn dapat buat kerjasama untuk improvise produk dan macam-macam lagi.
FINAL
Yes walaupun tak dapat sampai ke Final, tapi banyak sangat ilmu dan pengalaman dapat dari program ini. InsyaAllah next SUPERB akan masuk lagi dengan idea baru dan produk yang berasaskan teknologi.
26 orang usahawan berjaya membawa geran sehingga 500k dan 100k. Didoakan semua dapat terus berkembang dan berjaya dalam bidang masing- masing.
Jom kita masuk next Superb!

Follow me on
Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
0 Ulasan