Itu kalau ikutkan hati, tapi saya faham kebanyakkan yang datang cakap macam itu sebenarnya nak minta pandangan.
Jadi persoalan pertama yang saya akan tanyakan ialah “Kau nak jual dekat siapa?”
Kalau dia dapat jawab soalan ini, barulah saya akan go to the next step, kalau part ini dah sangkut dengan menjawab “Dekat semua orang lah bang.” Boommmmm!!
Bila jawab ‘dekat semua orang’ maksudnya tak bersedia dan belum lagi masanya terjun dalam dunia perniagaan.
Nak terjun dalam dunia bisnes bukan HOW ; bagaimana. Tapi WHO; SIAPA.
SIAPA ini adalah benda paling penting dan utama sebelum nak berniaga. Produk atau servis yang kita ada tu, nak jual pada siapa?
Sebab itu, perkara asas dan utama sebelum berniaga pastikan ; identify siapa pelanggan kita?
Saya ambil contoh Labelsendiri, syarikat yang menawarkan perkhidmatan percetakan dan pembungkusan. (https://www.facebook.com/labelsendiri/)
1. LS akan kenalpasti kumpulan manakah yang paling besar permintaannya. Adakah Pemilik perniagaan atau individual?
2. Pemilik perniagaan paling ramai yang berpotensi.
3. Dari pemilik perniagaan tersebut, nich perniagaan apa yang paling ramai memerlukan?
4. Lelaki atau perempuan?
5. Umur dari lingkungan berapa?
6. Startup atau sudah lama berniaga?
7. Lokasi? Adakah bandar luar bandar?
Apabila kita zoom sampai ke dalam, then barulah kita tahu SIAPAKAH pelanggan yang perlu kita focus.
Kita tidak mampu untuk menembak semua burung yang ada dengan jumlah peluru yang terhad.
Begitulah juga dengan perniagaan. Kita tak boleh jual produk atau servis kita kepada semua orang. Sebab tak semua memerlukan apa yang kita tawarkan.
Oleh sebab itu, sebelum memulakan apa-apa perniagaan, pastikan kita tahu siapakah pelanggan yang mahu disasarkan. Kemudian barulah kita fikir HOW dan seterusnya.
Jika WHO masih belum selesai, jangan gatal nak berniaga!
Anda suka dengan apa yang saya tulis dan mendapat manfaat dari tulisan ini? Apa kata share dan subscribe youtube saya dengan KLIK BUTTON di bawah.
Terima kasih.
#broyus #brosyusharing #LSREKA #pemasaranisfun
Follow me on Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Follow me on Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof
Twitter: https://twitter.com/yussamir
.
0 Ulasan