Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

𝗧𝗮𝗿𝗮𝘄𝗶𝗵 𝗸𝗲-𝟭𝟰 - 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗧𝗮𝗵𝘂 & 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗿𝗮𝘄𝗶𝗵


"Pa, acir buat 4 rakaat je eh." Muhammad Yassir dah keletihan. Hari ini dah masuk 13 hari dia puasa penuh. Kami tak paksa, tetapi galakkan. Kalau dia tak larat, memang saya bagi saja dia berbuka awal.

"Okaylah, pergi minum air masak lagi." Saya terus menyambung tarawih bersama isteri. Anak lagi 2 orang itu, ikut sekali, tetapi main-main di belakang. Selepas tarawih tiba-tiba Yassir tanya, "papa, solat tarawih ini berapa rakaat eh sebenarnya."

Anak-anak sentiasa memerhati, dan mereka sentiasa. berfikir. Bila anak-anak bertanya janganlah terus jawab "eh ikut je lah, banyak pula tanya."
Biasanya kalau jawab macam ini, kita sendiri tak tahu kan :) 

Kalau tak tahu jawab saja "Tak tahu, nanti papa/ayah cari jawapan dia."

Menjawab dengan cara ini meninggikan kedudukan kita disisi anak-anak. Tak salah untuk jawab tidak tahu sekali sekala, sebab kita sendiri memang tidak tahu. Kadang-kadang ada benda anak tanya kita tak tahu, memberi peluang kepada kita untuk mengambil tahu. Bila ada sebab nak ambil tahu, kita akan mula membaca dan mencari ilmu. :)

Ada 1 ceritaa pasal TIdak tahu ini. Antaranya cerita popular pasal Imam Malik. Satu hari Imam Malik ditanya kepadanya beberapa persoalan oleh murid-muridnya:


سُئِلَ عَنْ ثَمَانِيَةٍ وَأَرْبَعِينَ مَسْأَلَةً فَقَالَ فِي ثِنْتَيْنِ وَثَلَاثِينَ مِنْهَا: لَا أَدْرِي

Maksudnya: “Ditanya (Imam Malik) 48 persoalan, maka jawab Imam Malik 32 daripadanya dengan aku tidak tahu.” [Lihat: Syarah al-Zurqani ‘ala al-Muwatta’, 1/54]

Dari 48 soalan, 32 soalan dijawab TIDAK TAHU oleh imam Malik. Cerita ini nak beritahu kepada kita semua, bahawa seorang Imam yang hebat di zamannya sehingga Imam Malik digelar sebagai Imam Dar al-Hijrah takde rasa malu untuk mengatakan beliau TIDAK TAHU dalam sesuatu permasalahan.

Ayah-ayah rendahkan ego, dan jawablah dengan baik kepada anak-anak.

Oh ya berbalik pasal rakaat tarawih. Sebenarnya takde jumlah had rakaat yang ditetapkan pun. Tarawih ini boleh dibuat dua rakaat- dua rakaat, tanpa ada had yang maksimum. Antara hadith yang selalu digunakan para sarjana dalam membahaskan isu rakaat ini ialah:
.
"𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘭𝘢𝘬𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘢𝘵𝘢: 𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘭𝘢𝘮? 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢: 𝘋𝘶𝘢-𝘥𝘶𝘢 (𝘳𝘢𝘬𝘢𝘢𝘵), 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘬𝘩𝘶𝘢𝘵𝘪𝘳 (𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘴𝘶𝘣𝘶𝘩), 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘭𝘢𝘬𝘴𝘢𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘸𝘪𝘵𝘪𝘳 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘳𝘢𝘬𝘢𝘢𝘵." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Jadi bagi saya, terpulang kepada kita nak buat berapa rakaat. Tak perlu ribut-ribut pasal berapa rakaat nak solat. Ikutlah kemampuan kita dan juga keluarga kita. Kalau tanya saya 8 rakaat cukuplah, 'kesian' kat anak-anak. Kah kah kah. Yang betulnya, papa nya yang tak larat nak buat lebih. hahah :)

Salam Tarawih 8 rakaat gais.

p/s: Dah baca tu, kalau rasa ada manfaat, pakat-pakat SHARE supaya pahala kebaikan kita terus mengalir.


Follow me on Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/ 
Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof 
Twitter: https://twitter.com/yussamir

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code