Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

BERTUHAN DENGAN CINTA



“Apa guna beragama Islam, tetapi tiada rasa cinta, redha dan kasih terhadap Allah.”


Mungkin ada sesetengah orang akan berasa marah, atau geram dengan kenyataan ini. Tapi bagi saya, ini adalah kenyataan yang perlu ditelan. Benar, apakah guna lagi beragama Islam, tetapi tidak merasa percaya dan yakin dengan keberadaan Allah.



Allah inginkan hambaNya yang meyakini, mencintai dan merelakan diri menjadi seorang Muslim. Sebab itu Allah tegaskan, bahawa tiada paksaan dalam agama.



“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 256)



Menurut Imam  al-Tabari ayat ini diturunkan disebabkan sebuah peristiwa yang membabitkan seorang lelaki daripada Ansar, suku Bani Salim, iaitu Al-Husayn. Beliau mempunyai dua orang anaaak lelaki beragama Nasrani, sedangkan beliau beragama Islam.



Al-Husayn datang menemui Rasulullah dan bertanya, "Bolehkah saya paksakan dua anak saya itu supaya memeluk Islam kerana mereka tidak sukakan Islam dan mahu kekal beragama Nasrani?"



Disebabkan peristiwa inilah, Allah menegaskan bahawa Tiada Paksaan dalam agama. Setiap orang mempunyai hak dan kebebasan dalam memilih agama yang mereka ingin anuti.



Keyakinan seseorang tidak boleh dipaksa-paksa, kerana ia bertentatangan dengan prinsip asas Islam iaitu memberi kebebeasan berkeyakinan, kebebasan bereskrepsi yang memanusiakan manusia.



Secara dasarnya agama ada sebuah hal peribadi antara seorang manusia dengan Tuhan.  Ia melibatkan kepercayaan, amalan dan aturan moral yang sebahagian besarnya berkaitan dengan hal spiritual. Kebebasan beragama membawa maksud hak setiap individu untuk bebas menyembah Tuhan pilihannya (termasuk hak untuk tidak menyembah mana-mana Tuhan) dalam cara yang dipilih. 



Disebabkan itu Nabi melarang al-Husayn memaksa kedua-dua anaknya untuk memeluk Islam, kerana wujud pertentangan dengan prinsip asas Islam iaitu “tiada paksaan dalam agama”.



Selain itu terdapat banyak ayat-ayat dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah tidak menyukai seseorang beragama dalam keterpaksaan.



“Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).” (Surah Al-Ghaasyiyah ayat 22)



“… engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.” (Surah Qaff ayat 45)



“…tidaklah menjadi hal kerana tanggunganmu hanyalah menyampaikan hukum-hukum yang kami turunkan kepadamu; dan urusan Kami menghitung dan membalas amal mereka.” (Surah ar-Raad ayat 40)



Dan ada banyak lagi ayat-ayat dalam al-Quran kitab oleh dapati bahawa Islam menjunjung prinsip kebebasan dalam berkeyakinan. Seandainya jika keyakinan dan keimanan boleh dipaksa, sudah pasti Allah akan perintahkan para Rasul memaksa manusia memeluk Islam dengan pelbagai cara, termasuk dengan Pedang! Tetapi tidak, bahkan Allah memerintahkan Nabi untuk mengajak manusia kedalam Islam dengan hikmah, lemah lembut dan teladan yang baik.



Firman Allah, “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (surah an-Nahl ayat 125)



Jadi bagi saya, tiada keperluan kepada kita untuk berasa marah atau tergugat apabila ada seseorang mahu murtad. Kerana Tindakan tersebut sebenarnya memberi kemudaratan kepada mereka, bukannya kepada kita yang beriman. Orang yang murtad bererti melepaskan kemanusiaanya , telah melakukan kezaliman keatas dirinya sendiri dengan mensyirikkan Allah.



Firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Surah Luqman ayat 13)



Selagi mereka tidak menghebahkan, memaksan orang lain untuk murtad dan membahayakan Muslim yang lain, Islam sentiasa memberi perlindungan dan menjamin kebebasan mereka.



Saya percaya Allah hanya inginkan para hambaNya yang meyakini, mencintai dan meletakkan segala pengharapan kepadaNya. Tidak kepada para hamba yang meragui, tidak mencintai dan tidak ada perasaan kepadaNya.


Kepada Allah kita serahkan segalanya.




Follow me on Instagram: https://www.instagram.com/yussamir/ Facebook: https://www.facebook.com/Yussamiryusof Twitter: https://twitter.com/yussamir

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code