Sebelum ini dah banyak kali dengar pasal Wise Card dari kawan-kawan yang travel. Rata-rata bercakap benda yang sama, iaitu Wise Card ini kadar tukaran wang asing dia sangat rendah dah paling best dia guna style pra-bayar.
Aku pula jenis yang selalu bawa cash kalau travel luar negara, dan jarang guna card. Tapi bila dengar ramai yang cakap Wise Card ini bagus, jadinya aku pun terjebak untuk daftar dan dapatkannya.
Sebelum ini ada juga gunakan kad pra-bayar macam ini, iaitu BigPay. Tapi lepas beberapa kali aku punya kad macam kena scam, aku pun tak pakai dah.
Owh okay, sebelum korang daftar wise card ini aku ringkaskan sikitlah kenapa wise card ini lebih baik dari kad kredit yang sedia ada ini. Ya lah, takkan nak main daftar je, sekurang-kurangnya tahulah sikit manfaat dan kebaikan kad ini kan.
Senang cerita Wise Card ini mempunyai beberapa kelebihan yang boleh menjadi pilihan yang baik untuk keperluan perbankan, terutama jika korang sering berurusan dengan transaksi lintas sempadan atau memerlukan akses mudah kepada mata wang asing. Dkat bawah ini aku senaraikan 5 sebab kenapa aku daftar Wise Card ini :)
1. Penggunaan global: Wise Card boleh digunakan di seluruh dunia yang menerima Mastercard. Contohnya kalau kedai korang pergi dekat Luar negara boleh gunakan mastercard, maksudnya Wise Card pun korang boleh guna. Faham tak tu? Ini memudahkan anda untuk membuat pembelian dalam mata wang asing tanpa perlu membayar yuran pertukaran mata wang yang tinggi.
2. Kadar pertukaran yang kompetitif: Wise menggunakan kadar pertukaran sebenar (mid-market rate) yang kompetitif untuk menukar mata wang. Ini bermaksud korang boleh mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik berbanding dengan bank konvensional. Ini memang ramaii sangat orang beritahu.
3. Pengurusan mata wang yang mudah: Wise membolehkan korang menyimpan dan menguruskan wang dalam pelbagai mata wang di dalam akaun Wise. Korang boleh monitor, tambah duit, dan sebagainya hanya dengan apps saja. Senang sangat.
4. Tiada yuran transaksi asing: Wise Card tidak mengenakan yuran transaksi apabila korang menggunakan kad untuk membuat pembelian dalam mata wang asing. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk pengguna yang sering melakukan transaksi lintas sempadan. Berbeza dengan kad kredit, bank-bank akan kenakan caj penggunaan luar negara. Dan biasanya memang tinggi :(
5. Pengurusan mudah melalui aplikasi: Wise menyediakan aplikasi mudah alih yang membolehkan korang menguruskan akaun Wise dan Wise Card dengan mudah. Paling best korang boleh melihat baki, menukar mata wang, dan mengaktifkan atau membatalkan kad anda dengan beberapa klik sahaja.
Namun, perlu diingat bahawa Wise Card adalah kad prabayar, jadi korang perlu memuatkan wang ke dalam akaun Wise sebelum menggunakannya. Selain itu, Wise Card mungkin tidak sesuai untuk semua keperluan perbankan, terutama jika korang memerlukan akses kepada perkhidmatan perbankan tradisional seperti pinjaman atau akaun simpanan.
Secara keseluruhannya, Wise Card adalah pilihan yang baik jika korang memerlukan akses mudah kepada mata wang asing dan ingin menguruskan mata wang dengan kadar pertukaran yang baik. Tetapi, pastikan untuk memahami terma dan syarat, serta yuran yang berkaitan dengan penggunaan Wise Card sebelum membuat keputusan okay.
Owh lupa, aku ada ceritakan juga cara nak daftar dan dapatkan Wise Card ni dekat posting lain. Korang boleh KLIK sini >> 8 CARA MUDAH DAFTAR WISE CARD untuk tahu step by step cara daftar dan dapatkan Wise Card macam aku ada sekarang ini.
Ok bai, selamat bercuti gaiss
0 Ulasan