Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

APA BENDA MAF RUN INI? BAGUS KE UNTUK KESIHATAN?


Terima kasih kepada kawan saya (Junaidi) yang secara tak langsung kenalkan dengan MAF Run ini. Sebelum ini memang takde langsung ilmu pasal MAF, dan tak pernah nak ambil tahu pun. Haha...

Gunakan jam Garmin, tapi tak pernah tahu pun ada fungsi MAF run untuk monitor aktiviti kecergasan setiap hari. Nak dijadikan cerita, awal bulan Oktober saya dah belajar dan ambil tahu pasal MAF run. Ada yang saya baca dekat google dan ada yang saya tanya dekat kawan-kawan.

Bila dah ada ilmu dan tahu apa kebaikan MAF ini, dia punya semangat nak berlari dan jaga kesihatan tu lain maciam. haha... Dalam masa yang sama, barulah tahu pasal Pacer lah, Zone lah semua benda itu. Rupa-rupanya barulah tahu penting untuk ambil tahu semua ini agar kita dapat monitor dan improve cara larian dan kesihatan.

Korang yang baru tahu benda ini mesti tertanya-tanyakan, apa benda MAF run ni? 

MAF ni bermaksud Maximum Aerobic Function. Ia salah satu method dalam larian di mana kita berlari dalam range HR (heart rate) tertentu dan ada kiraan dia. Setiap orang ada kiraan tersendiri, dan korang follow saja rules ini untuk dapatkan manfaat dia.

Macam nak tahu MAF Heart Rate korang? Secara umumnya kiraan MAF heart rate adalah 180 tolak dengan umur korang.

Contohnya umur saya 36, jadinya 180-36= 144. Jadi MAF HR saya adalah 140-150/saat. Untuk dapatkan manfaat dari larian MAF ini saya kena berlari dalam range 140-150/second untuk heart rate.



MACAM MANA NAK MONITOR HR ITU? 
Nak tak nak, korang kena invest sikit dekat jam. Tak perlu beli jam mahal-mahal pun, yang penting jam tu boleh check heart rate korang. tapi tu lah kan, kalau jam murah-murah ini takut tak accurate pula bila dia monitor heart rate kita. Dekat bawah ini saya senaraikan beberapa jam yang biasanya digunakan dan accuration dia memang validate.

1- Garmin watch. Korang beli yang begginer low spec punya pun takpe. Tak perlulah beli yang latest dan high spec. Boleh dikatakan semua jam Garmin boleh monitor heart rate dan ACCURATE. Setakat yang saya check, harga paling murah boleh dapat dekat shoppe adalah Garmin Venu Sq, harga dalam RM799.

2- iWatch. Tak perlu beli yang paling latest. Korang boleh dapatkan yang second hand pun okay. Beli iwatch 5 pun dah okay. Sekarang market price dalam Rm500-600 pun dah boleh dapat. Cumanyaa.....iwatch ini bateri cepat habis dan tiap hari korang kena cas :) 

3- Xiaomi Mi Band 6: Xiaomi Mi Band 6 adalah pilihan yang sangat berpatutan dengan pelbagai fungsi seperti pengukur denyutan jantung, penjejakan tidur, dan pengukur tekanan darah. Ia juga mempunyai tampilan AMOLED yang cerah.

4- Amazfit Bip U Pro: Amazfit Bip U Pro adalah smartwatch yang ringan dan berpatutan dengan pelbagai ciri seperti GPS, pengukur oksigen dalam darah, dan pemantauan tahap stres. Ia sesuai untuk kecergasan dan aktiviti harian.

5- Huawei Band 6: Walaupun disebut sebagai "band," Huawei Band 6 berfungsi seperti smartwatch. Ia mempunyai layar besar AMOLED, pengukur denyutan jantung, penjejakan tidur, dan ciri aktiviti. Harganya berpatutan.


Okay sambung cerita, sebelum berkenalan dengan MAF ini, saya takdelah suka sangat berlari. Rasa macam susahhhhhhnya nak berlari. Tapi bila dah tahu pasal MAF, timbul rasa seronok dan 'ketagih' nak berlari tiap hari. 

Korang berlari bukan dengan paksaan, tapi korang berlari dengan ilmu dan keseronokan. Paling penting, bila berlari dengan MAF ini, korang tak paksa jantung dengan kadar degupan yang lebih tinggi dari sepatutnya. Dengan cara ini, jantung kita lebih sihat dan stabil.

1 benda yang paling saya perasan bila dah jadikan MAF run ini habit, ia membantu saya tidur dengan lebih baik. Saya tidur dengan lebih nyenyak dan recovery dengan cepat. Sebelum ini kalau berlari esok mesti badan sakit-sakit, tapi sekarang takde pun. 

So... kalau korang nak mula menjaga kesihatan, saya cadangkan mulakan dengan MAF run. Belajar sikit pasal MAF ini dan boleh mulakan secara perlahan-lahan. Mulakan dengan 1km dulu, kemudian 2km, kemudian 3km dan seterusnya. Ikut kemampuan diri, dan pastikan ia berikan keseronokan dan bukannya kepayahan.


Lari-lari juga, tapi kalau tak jaga makan, takde beza pun. Sebab itu dalam menjaga kesihatan ada Formula 80/20.

80% kesihatan kita datang dari cara pemakanan. Apa yang kita makan, bila kita makan, dan jenis makanan yang macam mana sepatutnya kita makan.

20% lagi adalah melakukan aktiviti kecergasan. Tak kiralah apa pun, berlari ke, pergi gym ke, berjalan laju ke.

Macam saya, sebelum buat MAF saya akan makan pisang dan protein Shake. Lepas berlari saya akan habiskan 750ml air mineral dan 500ml protein shake herbalife. Saya bukan nak promote herbalife ya. Korang pilihlah apa jenama sekalipun, tetapi lepas exercise, badan kita memang memerlukan protein. Jadi pilihan protein yang cepat, ringkas dan padat , adalah protein shake lah. 

Boleh je korang nak makan ayam ke daging ke. Tapi semua itu ambil masa dan lambat process dalam tubuh badan kita. Jadi, untuk kita dapatkan effectiveness dari exercise dengan cepat, minumlah protein shake. 

Saya suka protein Shake Herbalife sebab Sedap, tinggi protein dan rendah kalori. Paling best boleh buat dengan macam-macam resepi dan sedap. Saya dah amalkan sarapan pagi dengan protein Shake Herbalife ni dah 10 tahun. hahah lama beb, saya setia sebab bagus dan kualiti.

Nantilah saya cerita pasal Herbalife ini, sebab posting kali ini nak share pasal kebaikan MAF run. Dan saya memang sarankan korang yang nak jaga kesihatan boleh mulakan dengan MAF run ini.

okaylah, apa-apa pun saya doakan kita semua konsisten dan berjaya :) Boleh follow saya dekat Strava juga ya : 



Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code