Kali ini saya nak berkongsi cara untuk buka Akaun Semasa Perniagaan. Mungkin korang sendiri tengah pening, tengah berfikir-fikir, atau terfikir, adakah patut aku buka Akaun Semasa untuk perniagaan sekarang. Betul? Kebanyakkan usahawan-usahawan yang baru berniaga akan tanya benda kat bawah ini:
"Kena buka ke?"
"Wajib ke?"
"Penting ke?"
Ya, sangat penting dan banyak manfaat bila ada akaun semasa perniagaan dan bukannya akaun peribadi. Kita kena belajar tukar cara fikir dan cara menguruskan perniagaan dengan betul, supaya perniagaan yang bakal dibina lebih tersusun dan boleh berkembang dengan baik.
Dulu saya pun rasa macam tak penting, tapi bila dah berniaga secara serius barulah tahu banyak rupanya kebaikan buka akaun semasa ni.
Antaranya, Profesionalisme, bila korang bagi nombor akaun perniagaan kepada pelanggan, ia menunjukkan bahawa perniagaan korang adalah sebuah entiti yang berasingan dan diuruskan secara sistematik.Bukan main tibai saja berniaga. Bila ada nombor akaun semasa, perniagaan korang dilihat berkrediabiliti dan dipercayai.
Dan ada banyak lagi kelebihannya, tapi posting kali ini saya nak berkongsi step by step cara buka Akaun Semasa. Bila ada cara step by step ini, saya mengharapkan ia dapat memudahkan korang untuk buat dengan segera ya. :)
Oh sebelum itu, saya akan kongsikan cara buka akaun semasa Maybank. Saya suka Maybank sebab bank ini banyak memudahkan perniagaan saya :) hehe...
Dan kalau korang nak tahu, sebelum ini, kebanyakan bank memerlukan introducer sekiranya seseorang ingin membuka akaun perniagaan atau akaun semasa. Untuk Maybank, orang yang layak menjadi introducer adalah kenalan korang yang mempunyai akaun Maybank tetapi akaunnya mesti aktif dan berusia sekurang-kurangnya dua tahun.
Tapi...Maybank sekarang dan tak memerlukan introducer terutamanya untuk perniaga kecil-kecilan. Jadi, jika korang nak buka akaun perniagaan Maybank tanpa perlu introducer, boleh ikut langkah satu persatu kat bawah ini:
STEP BY STEP CARA BUKA AKAUN SEMASA (aku prefer Maybank)
1- Daftar current account Maybank Islamic (ambil yang islamic ya) dekat sini: https://bit.ly/46Cyj6a
SME First Account-i
– Berdasarkan prinsip Qard (Pinjaman)
– Bank akan buat pembayaran Hibah kepada pendeposit
– Minimum deposit: RM1000
– Dilindungi PIDM sehingga RM250,000
– Akaun patuh syariah
Nanti dah masuk bahagian ini korang terus tekan button I Want To Apply Now.
2- Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk SSM registration number.
3. Apabila selesai, ingat access kod yang diberi melalui sms (kita akan guna untuk register online banking).
4. Buka email dari maybank dan simpan account nr. serta reference nr. yang diberikan.
Bila dah dapat email macam ini, korang kena sediakan beberapa dokument penting untuk go to the next step.
1. MyKad
2. SSM Certificate Registration
3. SSM Form A
4. SSM Business Info
5. Cop Company (Ada nama perniagaan dan SSM Registration number)
6. Deposit RM1000
5- Notifikasi daripada pihak Maybank
Selepas dah selesai mendaftar, korang akan mendapat sms dan email daripada pihak Maybank. Pastikan korang menyimpan sms yang mengandungi kod akses yang akan digunakan untuk perbankan atas talian (online banking) dan emel yang mengandungi no akaun dan nombor rujukan. Seterusnya korang perlu pergi ke Maybank untuk melengkapkan pendaftaran.
Ini paling penting, memanglah buka akaun secara atas talian, tapi korang juga perlu pergi ke Bank dalam tempoh masa 10 hari daripada hari pendaftaran secara atas talian dibuat. Cawangan Maybank yang korang pergi pula adalah cawangan yang dipilih oleh korang sendiri semasa proses pendaftaran atas talian dibuat. Pastikan membuat janji temu!
Saya harap posting kali ini dapat mudahkan korang buka akaun semasa untuk urusan perniagaan. Dan saya mendoakan perniagaan korang maju jaya dan terus suksess!
0 Ulasan