Semuanya bermula pada bulan Januari 2023, bila isteri aku ajak bercuti ke Korea. Bukan ajak saja, dia terus minta aku checkkan flight ticket ke Seoul... Ah masak..
Alhamdulilah, berkat kesabaran aku refresh dan cuba search ticket harga yang terbaik, dapatlah aku beli 5 ticket Air Asia ke Seoul pada harga RM6320. Setakat pembacaan aku, dapat beli 5 tiket dengan harga ini, dah kira okay sangat. Tapi ada juga yang pernah dapat 1 tiket dalam RM400++ saja. Gile kentang. Entah macam mana diorang dapat dan cari.. hahah...
So bermulah aku dan isteri mencari barang-barang yang perlu dibawa ke Korea nanti. Memandangkan kami pergi akhir Oktober sehingga awal November. Keadaan dekat sana masih dalam musim luruh tapi dah mula sejuk.
Untuk musim akhir luruh ini, korang tak perlu pun pakai baju winter. Cukup pakai long jacket, atau sweater, dan pastikan stokin tebal sikit dan pakai kasut. Kalau nak selamat, korang bawalah sekali mafla dan sarung tangan. Takut ada yang tak tahan sejuk....
Masa kitorang pergi ini, angin agak kuat juga lah. So bila angin menerpa ke muka kami, memang terasa sejuk bangatttt... hahaha.. Tapi bestlah, macam korang buka aircond 17 celcius, haaa rasa dia macam tu je.
Wife aku banyak beli pakaian dekat Shein... Sebab ada banyak pilihan dan free return. So kalau korang dah beli dan tak muat, korang boleh return for free. Ada juga kes, bila barang tak ngam, seller kata tak payah return, dia bagi free saja. hehehe...
SETELKAN K-ETA
Walaupun rakyat kita tak perlukan visa kalau nak masuk Korea, tapi masih kena apply K-Eta.
Benda ini korang apply online saja dekat sini >> https://www.k-eta.go.kr/portal/apply/index.do
K-eta ini wajib untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas saja. Kalau korang bawa anak-anak bawah 18, tak perlu pun K-Eta ini. Untuk apply ini korang kena pastikan pasport masih hidup dan lebih 6 bulan ke atas, kena ada gambar pasport, kena ada detail flight ticket dan alamat penginapan di korea. Lepas dah ada semua ini dan terakhir korang kena bayar RM35 untuk apply K-Eta ini.
Biasanya process approval ini tak sampai 5 minit pun. Lepas dah approve, diorang akan hantar email, dan korang downloadlah pdf untuk simpanan.
PENGINAPAN MACAM MANA?
Untuk penginapan di Korea, aku tak duduk hotel. Sebab apa? Sebab boleh dik.. eh bukan. Sebab aku rasa tak berbaloi duduk hotel bila di Korea. Apa yang aku buat, aku cari dekat Airbnd rumah-rumah yang boleh kitorang tinggal selama 10 hari.
Memandangkan isteri aku ini jenis particular bab keadaan rumah. So aku carilah rumah yang cantik, lengkap serba serbi dan dekat dengan station. Ada jumpa? Mestilah jumpa, korang search saja location, dan berapa budget yang korang nak spend. Nanti Airbnb akan suggestkan rumah-rumah yang boleh korang book.
Masa aku cari guesthouse dekat Airbnb, aku listkan beberapa perkara yang kena ada, antaranya:
1- Dekat dengan subway station
2- Dapur complete
3- Ada washing machine dan dryer
4- Ada water heater
5- Rumah cantik dan kemas
6- Harga tak lebih dari Rm600/malam.
Alhamdulilah untuk 3 hari 2 malam, guesthouse kitorang dekat dengan Seoul Station. Dan paling best Host kitorang sangat-sangat membantu dan tak berkira. Sepatutnya check in jam 5 (yaa dekat korea kebanyakkan guesthouse check in jam 5 petang), tapi Host bagi kitorang masuk awal jam 9 pagi.
Bagi aku benda ini boleh bincang. Kalau Host yang korang dapat tu boleh bawa bincang, insyaAllah korang boleh masuk awal.
Aku sangat-sangat rekemen kalau korang nak cari guesthouse korang bolehlah book dekat sini:
Dah lah dekat dengan centre station, harga pun murah, katil pun banyak, dapur pun complete, dan paling best Host sangat-sangat membantu.
Untuk lagi 8 hari 7 malam, kitorang stay dekat Guesthouse lain, yang agak jauh sikit dari uptown. Aku pilih guesthouse ini sebab dia lebih cantik, kemas dan complete. Cumaaa akua da isu sikit dengan Host rumah ini.
Ceritanya, masa mula-mula nak booking. Dia punya respon memang terbaik, cepat dan baik. Bila aku dah sampai Korea…barulah Nampak perangai sebenar Host ini. Aku chat tak reply, dah lah kitorang naik teksi yang driver takt ahu cakap English. Driver minta alamat dalam Bahasa Korea, aku punyalah chat Host tapi takde respon. Banyak kali chat takde respon juga.
Time ini aku dah rasa lain macam dah… Nasib baiklah Google Translate sangat membantu dekat sana. Akhirnya sampai juga di Guesthouse kedua ini, dan kitorang check in. Dah check in pun Host tak respon chat aku. Wahhhh jangan main gile macam ini, dah lah ini negara orang.
Malam baru dia respon tanpa rasa bersalah… Dia chat pun sebab nak beritahu rules dan regulation rumah dia. Wahhh…. Lepas itu dia tak bagi kitorang buka aircond. Alasan sekarang musim sejuk, tak perlu aircond. Weh gile apa ni?
Ada 3 Aircond, dia bagi buka 1 aircond. Aku dah panas hati, aku cakap kat dia mana boleh, ini dah kes tipu. Pastu dia kata okaylah, dia bagi buka 1 lagi aircond nanti helper akan dataang buka. Serius weh panas hati….
So sepanjang kitorang kat rumah ini, hanya 2 aircond saja boleh buka, lagi satu dia xnak buka kan. Remote aircond memang diorang simpan. Gile. Hahaha
So aku tak rekemen korang booking dengan Host nama Yuna. Kalau korang terjumpa host guest tu nama Yuna, korang janganlah booking ya.
PENGANGKUTAN
1. NAIK AREX
Sebelum bertolak ke Korea aku dah beli siap-siap AREX, train tanpa henti dari Airport ke Seoul Station. Korang boleh je beli kat Airport nanti, tapi tak pasti jam berapa kau boleh dapat beli tiket. So aku buat kerja bijak sikit, beli siap-siap, sampai sana terus scan QR dan dapatkan tiket train.
Nanti dekat mesin tiket itu, korang boleh pilih anytime nak gerak dari Airport ke Seoul. Aku pilih yang paling awal, dan setiap tiket ada nombor seat. Pastikan korang duduk dekat nombor yang betul ya bila dah masuk nanti. Dalam train ini pun ada Wifi, so kalau korang nak update story ke apa ke, bolehlah gunakan sepuasnya. Internet dekat Korea ni memang laju2 ya. :)
Perjalanan dari Airport ke Seoul naik AREX ini ambil masa dalam 40 minit. Sepanjang perjalanan itu korang janganlah membuta. Lihat sekeliling dan pemandangan yang akan menghiasi sepanjang perjalanan ke Seoul. Pengalaman tu bukan selalu boleh dapat, dah bayar mahal-mahal nikmatilah pemandangan yang tersedia.
2. BELI T-MONEY
Bila dah sampai Seoul Station, korang boleh naik ke tingkat B2 untuk beli T-Money dekat kaunter information. Kalau kaunter tutup, korang naik ke tingkat atas sekali, pergi cari kedai runcit, ada jual T-Money.
Harga 4000 won, kalau kedai runcit dia markup jadi 7000 won. Bila dah beli kad ini korang top up siap-siap 30000 won. Kalau korang memang guna public transport sepanjang di Korea, memang wajib guna T-Money ini. Jadinya baik korang topap siap-siap, supaya senang nak kehulur hilir nanti.
Dengan T-Money ini korang boleh guna naik bas, teksi, dan subway. Pastikan duit sentiasa cukup ya.
Sepanjang di Korea, kebanyakkan kitorang naik Subway. Memang mudah, dan murah. Tapi….. penat weh. Dari station ke station atau dari exit ke exit atau dari line ke line, jauh-jauh semuanya bosku. Hahah… kitorang sampai hari ke 5 saja larat untuk naik Subway. Selepas itu kitorang naik teksi saja, lebih mudah dan sama saja harga. Sebab kitorang berlima, bila kira-kira balik kos naik subway dan naik teksi lebih kurang.
Haa satu nak kongsi, dekat sana korang download lah apps Kakao T. Apps ini mudah untuk korang dapatkan teksi, kiranya apps ini macam grab lah. Korang boleh tahu harga dan check destinasi yang korang nak pergi guna apps ni.
Nanti bayar guna cash atau guna Wise Card (daftar wise card dekat sini: https://www.broyus.com/2023/09/8-cara-nak-register-wise-card-dengan.html) .
MAKAN DAN MINUM
Kitorang dah ready dengan beberapa makanan Ready to eat yang dibeli di Mydin, jenama Brahim. Selain dari RTE, beli juga sardine dalam tin, beli beras 1kg dalam 2 pack, bawa bawang putih, cili padi, roti dan maggie.
Dekat sana makan juga dekat kedai-kedai Korea halal dan try street food dekat myeondong. Tapi nak beritahulah, makanan dan minuman dekat Korea memang mahal. Tips dia, bila beli jangan convert duit dalam kepala, bayar saja. Haha… Kalau asyik nak convert duit dalam kepala, memang takkan makan apa pun kesudahannya dekat sana.
Standard air mineral dekat sana 1800 won, dalam RM6.40, Latte 5000 won= Rm18, kebab 8900 won= RM32.40 dan begitulah. Saya cadangkan bawa bekal, siap-siap masak dari guesthouse. Malam saja korang makan dekat kedai, untuk sedikit penjimatan.
Dekat Seoul ada banyak saja kedai makan halal. Antaranya Kampungku (dekat dengan myeondong, korang cari Hotel Pasific, kedai Kampungku ini dekat belakang hotel Pasific). Dekat bawah ini aku share cara nak ke sini, dan kalau korang nak makanan masakan Indonesia pun ada dekat sebelah restoran Kampungku.
Cara nak Kesini
• Subway Line 4, station Myeong-Dong keluar di EXIT 3. Nanti korang akan Nampak kedai serbaneka dan ada macam tugu Tulisan I Love Seoul.
• Ambil susur ke sebelah kiri menuju ke Pacific Hotel.
• Sampai Pacific Hotel, ada 2 simpang. Ambil susur kiri menuju Restoran Kampungku, susur kanan menuju ke Namsan Tower.
• Dalam 200 meter akan jumpa Restoran Kampungku.
• Jelas nampak restoran ni sebab warnanya yang terang dan 2 tingkat. Tak akan terlepas kalau melalui depannya.
Manakala kalau korang dah tak tahan nak makanan Malaysia, bolehlah ke Restoran Kimseri area Myeondong juga (kedai ini sederet dengan Daiso 12 tingkat).
Dan kalau nak merasa makanan Korea yang halal dan banyak pilihan, korang boleh ke restoran Busanjib (dekat dalam area street food myeondong). Kalau korang dari Myeongdong Station Exit 6 & 7 di mana Uniqlo di sebelah kanan (opposite Nature Republic), just go straight sampai nampak Apple Frisbee on your right. Kedai makan ni terletak di lorong just before Frisbee.
Kalau nak makan kebab atau makanan arab, boleh pergi ke Itaewon. Situ berlambak kedai makanan arab dan halal. Ada juga terselit kedai makanan Indonesia dekat area situ, betul-betul berdepan dengan kedai Kebab Sultan.
STREET FOOD MYEONDONG
Kalau korang nak merasa makan ala-ala street food, bolehlah ke area sini. Antara makanan yang saya confident untuk suggest adalah Egg Bread yang berharga 2000 won sebiji, Hotteok atau Sweet Korean Pancake berharga 3000 won sebiji, atau Kuih macam bahulu dalam ada inti kacang berharga 4000 won untuk 3 biji.
Dekat area situ ada juga kacang-kacang, buah-buahan, dan sotong bakar. Dah datang Korea, korang memang wajib datang sini merasa keadaan dan makanan yang ada di sini.
Dekat sini semuanya cash, korang tak boleh swipe Wise Card macam dekat kedai-kedai makan lain. So pastikan cukup wang tunai untuk berbelanja di sini.
Next posting aku akan share pasal Masjid Itaewon dan Nami Island okay.
p/s: Daftar Wise Card sekarang untuk korang gunakan dekat oversea. Best sebab takde caj penggunaan dekat Luar negara. Korang boleh baca pasal wise card dekat dua artikel aku ini:
1- BAGUS KE WISE CARD INI?
https://www.broyus.com/2023/09/sebelum-ini-dah-banyak-kali-dengar.html
2- CARA DAPATKAN WISE CARD DENGAN MUDAH:
https://www.broyus.com/2023/09/8-cara-nak-register-wise-card-dengan.html
0 Ulasan