Wise card dah ada, duit pun dah top-up tapi tak boleh gunakan lagi? Bila tap untuk pembayaran, unsuccessful? Sebab apa?
Okay dekat posting kali ini, saya nak kongsi cara mudah NAK AKTIFKAN WISE CARD yang anda dah ada sekarang. Oh ya, pastikan wisecard fizikal dah dapat ya. Biasanya mereka akan hantar gunakan post untuk setiap pendaftaran wisecard physical card.
Kalau ikutkan dekat website mereka, penghantaran mengambil masa dalam 2-4 minggu. Jadinya kalau anda nak travel ke luar negara, pastikan dah order siap-siap 2 bulan awal. Barulah senang hati gunakan kad wisecard di luar negara nanti.
Tak daftar lagi? Serius lah... Rugi sangat kalau takde wisecard lagi, sebab kad ini dah banyak memudahkan perjalanan saya di luar negara. Setakat ini dah dua negara saya gunakan wisecard, iaitu Korea dan Indonesia.
Nah daftar dekat sini >> https://www.broyus.com/2023/09/8-cara-nak-register-wise-card-dengan.html
2 CARA MUDAH AKTIFKAN WISECARD UNTUK KEGUNAAN PAYWAVE:
PERTAMA: Pastikan wise card dalam bentuk fizikal sudah ada di tangan.
KEDUA: Buat pengeluaran Tunai dekat mana-mana bank yang berdekatan menggunakan wisecard. Pastikan masukkan PIN CODE yang betul, yang anda dah setup di aplikasi wisecard.
Taraaa....andah dah boleh gunakan wisecard macam kad bank yang ada sekarang. Bezanya, wisecard sangat bagus digunakan di luar negara berbanding kredit kad. Sebab, pertukaran mata wang yang rendah, dan TIADA CAJ dikenakan setiap kali penggunaan.
Kalau guna kredit kad, setiap kali penggunaan akan kena cas kan? haa..kalau Wisecard, tiada caj dikenakan. Memang padu.
Akaun Wise sesuai untuk sesiapa sahaja yang suka ke luar negara, dengan pilihan untuk memegang dan menukar 40+ mata wang, menerima pembayaran seperti orang tempatan dari 30+ negara dan menghantar wang ke 80+ negara.
Dengan kad anda, anda juga boleh berbelanja di seluruh dunia dengan kadar pertukaran pasaran pertengahan sebenar - dan membuat pengeluaran tunai tempatan daripada 2.3 juta ATM.
Tiada baki minimum, tiada yuran bulanan dan hanya caj yang rendah dan telus untuk perkhidmatan yang anda perlukan. Dekat bawah ini adalah perbezaan antara wisecard, dan card-card lain yang boleh anda bandingkan dan buat-buat pengiraan. :)
Sekali lagi mesti anda akan tanya BAGUS SANGAT KE GUNA WISE CARD INI?
Nah saya dah siapkan satu keterangan yang boleh dibaca dan menguatkan keyakinan untuk beralih ke wisecard. Meh baca di sini >>> https://www.broyus.com/2023/09/sebelum-ini-dah-banyak-kali-dengar.html
0 Ulasan