Ruqyah bukanlah perubatan alternatif, tetapi ia adalah sebuah pilihan yang wajib bagi Umat Islam untuk mengamalkannya. Dan mempelajari ruqyah itu penting bagi melindungi diri dari anasir jahat, sama ada yang Nampak atau tidak dengan mata kasar.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan: "Meruqyah adalah amalan yang sangat utama. Ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan orang-orang soleh. Para nabi dan orang-orang soleh selalu melindungi manusia dari gangguan syaitan dengan cara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya."
Nabi SAW sering melakukan ruqyah, dan baginda juga mengingatkan agar cara pengobatan ruqyah tidak berselisih dengan syariat.
"Dari 'Auf bin Malik al-Asyja'i, dia berkata: Di zaman Jahiliyah kami biasa menggunakan ruqyah, maka kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang hal itu? Kemudian Nabi SAW menjawab: Tunjukkanlah ruqyah kalian kepadaku. Tidak apa-apa menggunakan ruqyah selama tidak terdapat unsur syirik di dalamnya." (HR. Muslim).
al-Qarrafi mengatakan:
والرقى ألفاظ خاصة يحدث عندها الشفاء من الأسقام و الأدواء والأسباب المهلكة
Ruqyah adalah lafaz khusus yang diucapkan dengan niat mengucapkannya untuk kesembuhan dari penyakit, dan segala sebab yang merosak. (Aunul Ma’bud, 10/264)
Disebabkan itu, prinsip dari ruqyah adalah membaca ayat al-Quran atau doa-doa dari hadis, dengan niat untuk melindungi diri dari penyakit dalam diri kita, sama ada yang Nampak dan tidak Nampak (hal ghaib).
Keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah juga menjadi penentu kepada keberkesanan ruqyah yang kita lakukan. Semakin tinggi tawakal seseorang ketika meruqyah, semakin besar peluang untuk dikabulkan oleh Allah.
Sesiapa pun yang ingin lakukan ruqyah, mestilah bersedia mental dan fizikal, serta menanamkan tawakal yang paling tinggi kepada Allah dan bersangka baik bahawa Allah akan menyembuhkannya.
Di bawah ini saya senaraikan cara-cara dan zikir-zikir/ doa yang kita boleh hafal dan amalkan.
1 .Keyakinan bahawa kesembuhan datang hanya dari Allah.
2. Membaca Surah Al-Fatihah dan meniup anggota tubuh yang sakit.
Dalam Syarh Riyadhus Sholihin (4: 671), Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin menyatakan ada dua syarat Al Fatihah boleh dijadikan bacaan ruqyah :
a- yang membacanya percaya dan yakin bacaan tersebut adalah ruqyah yang bermanfaat,
b- dibacakan kepada orang sakit yang juga percaya dan yakin ruqyah dengan Al Fatihah bermanfaat.
Dalil Surah al-Fatihah bermanfaat dijadikan ruqyah adalah hadith dari Abu Sa’id Al Khudri (Sahih Muslim)
3. Memahami makna yang terkandung dalam bacaan Al-Qur’an dan doa yang sedang dibaca.
4. Meniup pada tubuh orang yang sakit semasa membaca ruqyah. Caranya, dengan meniup secara lembut tanpa mengeluarkan air liur. Aisyah pernah ditanya tentang cara Nabi Muhammad SAW meniup ketika meruqyah, dan dia menjawab: "Seperti meniup makanan kering, tanpa mengeluarkan air liur." Atau meniup sambil keluar sedikit air liur, seperti yang dijelaskan dalam hadis Alaqah bin Shahhar As Salithi.
5. Bacakan Ruqyah dekat Minyak zaitun. Sebab minyak zaitun antara medium terbaik untuk ditiup ruqyah. adalah medium yang terbaik untuk dituju. Rasulullah SAW bersabda:
وَعَن أبي أُسَيدٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كَلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ» . رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ وَالدَّارِمِيُّ
"Makanlah minyak zaitun dan sapukan pada tubuhmu dengannya, kerana ia datang dari tumbuhan yang diberkati." (Hadith hasan, Shahihul Jami’ (2/4498))
6. Mengusap orang yang sakit dengan tangan kanan dan mendoakannya. Berdasarkan hadith ‘Aisyah, dia berkata: “Rasulullah, tatkala dihadapkan pada seseorang yang mengeluh kesakitan, Baginda mengusapnya dengan tangan kanan…”. [HR Muslim, Syarah An Nawawi (14/180].
Imam An-Nawawi berkata, "Dalam hadis ini, disarankan untuk mengusap orang sakit dengan tangan kanan dan mendoakannya."
7. Bagi orang yang meruqyah diri sendiri, letakkan tangan di tempat yang sakit kemudian mengucapkan "Bismillah" tiga kali dan membaca doa perlindungan.
بِسْمِ الله أعُوذُ بِعزَِّةِ الله وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَر مَا أجِدُ مِنْ وَجْعِيْ هَذَا
“Aku berlindung kepada keperkasaan Allah dan kekuasaanNya dari setiap keburukan yang aku jumpai dari rasa sakitku ini“ (Shahihul Jami’, no. 346)
AYAT-AYAT RUQYAH:
1. Malaikat Jibril pernah ruqyah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda sakit, dengan menggunakan air yang dibacakan:
باسْمِ اللهِ يُبْرِيكَ، وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ، وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إذَا حَسَدَ، وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ
(dengan nama Allah yang menyembuhkanmu. Ia menyembuhkanmu dari segala penyakit dan dari keburukan orang yang hasad dan keburukan orang yang menyebabkan ‘ain). (HR. Muslim no.2185)
2. ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa ruqyah:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
(“Wahai Rabb-nya manusia, hilangkanlah musibah ini, sembuhkanlah, Engkau adalah yang memberi kesembuhan, tidak ada kesembuhan kecuali dari-Mu, berilah kesembuhan yang sempurna sehingga penyakit tidak kembali lagi).”” (HR. Abu Dawud)
3. بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِـي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّـمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
Dengan nama Allah, dimana segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya bersama dengan namaNya, dan Dia-lah Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Dibaca 3 kali)
“aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan syaitan, binatang beracun dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.” (HR. Bukhari, no. 3371).
5- Baca surah al-falaq dan an-Nas sebab ayat diturunkan selepas Nabi disihir orang Yahudi.
6- Membaca ayat Kursi setiap kali habis solat lima waktu dan dibaca ketika nak tidur.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam satu hadith Sahih
(( مَنْ قَرَأَ آيَةَ الكُرْسِي فِيْ لَيْلَةٍ لم يَزَلْ عَلَيْهِ مِنَ اللهِ حَافِظ وَلاَ يَقْرَبُهُ شَيْطَانٌ حَتىَّ يُصْبِح ))
“Barangsiapa yang membaca ayat kursi pada malam hari, Allah senantiasa menjaganya dan syaitan tidak akan mendekatinya sampai subuh.” (Sahih Bukhari)
7 . “Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al–Baqarah pada malam hari, maka cukuplah baginya (sebagai pencegah dari segala kejahatan).”
اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖۗ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ ۗ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ
“Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Rabbnya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semua beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya, mereka mengatakan kami tidak membeza-bezakan seseorangpun dengan yang lainnya diantara Rasul-rasul-Nya, dan mereka mengatakan: Kami dengar dan kami taat, mereka berdo’a: Ampunilah kami ya Rabb kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”. (QS Al Baqarah 285).
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ
“Allah tidak mebebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa dari (dosa) yang ia kerjakan. Mereka berdo’a: Ya Rabb kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau bersalah. Ya Rabb kami janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat, sebagaimana Engkau telah bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Yaa Rabb kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang kami tidak sanggup memikulnya, dan maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.” [Al Baqarah/2 : 286]
PETUA DAUN BIDARA:
Ambil 7 helai daun bidara, lumatkan dan kemudian masukkan dalam bekas / baldi. Untuk mandi, dan minum sedikit.
Bacakan ayat kursi , surah Al kafirun, Al Ikhlas, An-Naas dan ayat-ayat penangkal sihir yang lainnya dalam surat Al-A’raf ayat: 117-119, Yunus ayat: 79-82, Surat Thaha ayat: 65-69.
Selepas selesai membaca ayat-ayat tersebut di atas hendaklah minum tiga teguk dan baki air diguna untuk mandi.
Saya ambil petua ini dari kitab Ibn Bazz:
وأما حل السحر باستعمال السدر فهو مباح، وقد ذكر طريقته الشيخ ابن باز رحمه الله كما في مجموع فتاواه. وهي أن يأخذ سبع ورقات من السدر الأخضر، فيدقها بحجر، أو نحوه ويجعلها في إناء ويصب عليه من الماء ما يكفيه للغسل، ويقرأ فيها آية الكرسي و(قل يا أيها الكافرون) و(قل هو الله أحد) و(قل أعوذ برب الفلق) و(قل أعوذ برب الناس)، وآيات السحر في سورة الأعراف وهي قوله تعالى: وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ* فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ * فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ {الأعراف: 117-119}.
والآيات في سورة يونس وهي قوله سبحانه: وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ* فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُواْ مَا أَنتُم مُّلْقُونَ* فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ * وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ {يونس: 79-82}.
والآيات في سورة طه: قالوا يا موسى إما أن تلقي وإما أن نكون أول من ألقى قال بل ألقوا فإذا حبالهم وعصيهم يخيل إليه من سحرهم أنها تسعى فأوجس في نفسه خيفة موسى قلنا لا تخف إنك أنت الأعلى وألق ما في يمينك تلقف ما صنعوا إنما صنعوا كيد ساحر ولا يفلح الساحر حيث أتى)
وبعد قراءة ما ذكر في الماء، يشرب منه ثلاث مرات، ويغتسل بالباقي، وبذلك يزول الداء إن شاء الله، وإن دعت الحاجة لاستعماله مرتين أو أكثر، فلا بأس حتى يزول الداء.
SEMOGA BERMANFAAT.
0 Ulasan