Memang betul-betul 'last minute' punya perancangan, saya dan keluarga mengambil keputusan untuk berehat 2 hari di luar Melaka. Sejak awal tahun lagi, saya dan isteri setiap hari bekerja walaupun hari minggu. Bila dah hari-hari kerja, kepala dan badan terasa sangat letih. Orang putih kata hampir 'Burn Out'.
Sebelum betul-betul 'burn out', kami buat keputusan untuk lari jauh dari keserabutan bandar. Ya memang betul-betul ke dalam, kami tempah penginapan di Sebana Cove, yang terletak di Pengerang.
Ingatkan takdelah jauh mana.... Sekali bila dah sampai, barulah tahu betapa jauhnya Sebana Resort. "Betul-betul escape ini bang." Isteri saya mengusik.
Walaupun jauh, kami sangat berpuas hati dengan keadaan bilik di resort ini. Tak ramai orang, keadaan yang nyaman, fasiliti yang lengkap, cuma sarapan pagi saja tak banyak pilihan.
Anak-anak pun suka, sebab kolam renang yang besar dan ada slide sekali. Berjam mandi pun tak terasa dan bagaikan resort ini kami yang punya, sebab takde orang. hahaha :)
Bila dah mandi-manda, perut pun terasa lapar. Malam itu kami keluar dari resort dan terus menghala ke arah sungai rengit yang terletak tidak berapa jauh dari resort. Perjalanan dari resort ke Sungai Rengit mengambil masa dalam 2o minit.
Cari punya cari, akhirnya kami memilih sebuah kedai makan kecil yang terletak tepi laut. Kedainya ringkas sahaja, menu pun tidak banyak, dan angin laut menjadikan keadaan cukup nyaman.
Kami memesan ikan bakar 2 ekor, mee hun sup, sayur bayam goreng, telur dadar, dan beberapa jenis minuman.
"Seriuslah....sedap betul." Tak sangka ikan bakar yang disertakan dengan sambal ringkas kami pesan tadi, betul-betul ngamsoi. Sedap sangat, dan berbaloi dengan portion yang ada.
Kalau korang pergi ke Pengerang, boleh lah ke kedai makcik ini yang terletak di Sungai Rengit. Nama kedai dia ikan bakar dapur kayu arang. Kedai dia berada di tengah-tengah antara Banggunan Kastam dan Bazar R&R Sungai Rengit. Kalau dari Pengerang, kedai dia belah kiri jalan menghadap laut.
Lepas dah kenyang itu, balik resort terus membuta :)
Apa-apa pun escape kali ini memang menjadi dan kami pun gembira. Terutama anak-anak yang dah lama tak berjaalan sejak cuti sekolah.
0 Ulasan