Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

BAGUS KE MINUM HERBALIFE?

www.broyus.com

Bagus ke minum Herbalife? Haa... mesti korang yang baca sekarang ini dah banyak cari informasi tentang Herbalife kan. Ya lah, sebelum nak cuba sesuatu, mestilah kita dapatkan sebanyak mungkin informasi. Lagi-lagi makanan / minuman itu akan masuk dalam tubuh badan kita.

Okay senang cerita, saya adalah pengguna tegar Herbalife sejak dari tahun 2011 lagi. Jadinya dah hampir 13 tahun saya minum Herbalife sebagai pengganti sarapan untuk Nutrisi tubuh badan. 

Kalau dulu saya minum Herbalife adalah untuk turunkan berat badan. Dan Alhamdulilah berjaya turun 10kg dalam masa sebulan :). Tapi.... tak semudah ABC ya. Sebab Herbalife ini adalah pengganti nutrisi untuk tubuh badan kita, jadinya untuk cepatkan lagi process pembakaran lemak, saya add on dengan sedikit senaman.

Herbalife ini ganti macam mana? Tak faham lah...

OK macam ni... Kalau zaman dulu-dulu, kita belajar tubuh badan kita memerlukan piramid makanan yang cukup. Kena ada protein, vitamin, zat besi, dan lain-lain, bagi memastikan tubuh badan kita sihat.

Kalau secara tradisional, kita kenalah masak daging, minum susu, makan buah, dan macam-macam lagi. Yang secara logiknya, tak semua mampu. Kerana kekangan masa, wang dan tenaga.

Jadinya... Herbalife datang dengan membawa solusi, dengan memudahkan kerja kita dengan hanya bancuh dalam cawan dan terus minum. Semua nutrisi dalam piramid makanan itu, Herbalife dah ringkaskan, dan mudahkan dalam bentuk serbuk.

www.broyus.com

Fahamkan? Bila badan dah cukup nutrisi, barulah badan kita dapat berfungsi dengan sempurna. 

Sebab itu dengan Herbalife kita boleh custom penggunaan. Nak minum untuk turun berat boleh, nak minum untuk maintain kesihatan boleh, dan minum untuk naikkan otot pun boleh. Bezanya, cara bancuh, kekerapan minum dan aktviti apa yang patut dilakukan.

Dekat bawah ini saya kongsikan sedikit fakta tentang Herbalife:

Herbalife telah menarik banyak perhatian sebagai jenama yang menawarkan produk nutrisi dan program kesihatan. Berikut adalah beberapa kelebihan Herbalife yang sering disorot:

1. Produk Nutrisi Berkualiti Tinggi:  Produk Herbalife direka oleh pakar pemakanan dan saintis kesihatan, menggunakan bahan berkualiti tinggi. Mereka mengandungi campuran nutrisi penting yang membantu memenuhi keperluan harian tubuh.

2. Pelbagai Pilihan Produk: Herbalife menawarkan pelbagai produk, termasuk shake nutrisi, suplemen vitamin, dan produk penjagaan kulit. Ini membolehkan pengguna memilih produk yang sesuai dengan keperluan mereka dan membentuk program kesihatan yang disesuaikan.

3. Sokongan dan Pembimbingan: Herbalife tidak hanya menjual produk, tetapi juga menyediakan sokongan dan pembimbingan kepada pengguna. Pengedar Herbalife sering memberikan nasihat tentang cara mempraktikkan gaya hidup sihat, termasuk panduan pemakanan seimbang dan program senaman.

4. Tumpuan pada Gaya Hidup Sihat: Herbalife tidak hanya memberi tumpuan kepada penurunan berat badan, tetapi juga pada pembentukan gaya hidup sihat secara keseluruhan. Mereka menggalakkan pengguna untuk mengamalkan pemakanan seimbang, senaman berkala, dan menguruskan stres bagi mencapai kesejahteraan menyeluruh.

5. Peluang Kerjaya: Herbalife juga menawarkan peluang kepada individu untuk menjadi pengedar bebas. Ini memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan dalam industri kesihatan dan kebugaran.

Walau bagaimanapun, seperti produk dan program kesihatan lain, adalah penting untuk mempertimbangkan keperluan individu dan mendapat nasihat profesional sebelum memulakan program Herbalife atau menggunakan produk mereka.


"Kalau berhenti minum Herbalife badan naik balik ke?"

Mesti korang akan tertanya-tanya pasal ini kan? MESTILAH NAIK, kalau korang melantak makan tak ingat, minum air manis bergelen-gelen dan tak buat senaman. hahahah....

Makan dan minumlah apa jenis supplement pun, kalau tak jaga makan, sama saja no point. Kena ingat, Herbalife atau apa jenama pun, ia adalah replacement atau supplement. Jadinya, kita sendiri kena ada ilmu dan didik tabiat pemakanan yang sihat. Barulah badan kita cergas, otak cerdas... Gitu. :) 

Saya sekadar berkongsi pengalaman, sebab mungkin korang tercari-cari live testimoni.  Nah saya ini adalah Live testimoni yang dah gunakan Herbalife selama 13 tahun sejak tahun 2011. Alhamdulilah, badan sihat, tiada penyakit kronik, masih boleh lakukan aktiviti lasak, dan badan masih maintain.

Kalau korang tanya, PERLU KE TAK PERLU makan replacement food atau supplement. Jawapan saya PERLU, sebab produk-produk ini memudahkan kerja kita, dan ia memang effektif. Tubuh badan kita memang memerlukannya, sebab zaman sekarang apa yang kita mkana, dan minum, dah bercampur dengan pelbagai toksin. Jadinya, dengan adanya supplement dan replacement ini, ia dapat membantu kita menjaga, dan mengawal kesihatan tubuh badan.

Dunia sekarang tak macam dunia dulu yang tiada pencemaran dan pelbagai kerosakan. Jadinya kita MEMANG PERLUKAN bantuan produk-produk ini (yang reliable macam Herbalife) untuk kesihatan kita.

Laburkan sedikit wang untuk kesihatan, semestinya berbaloi.

Nanti saya ceritakan CARA NAK DAPATKAN HERBALIFE ini dekat posting akan datang. Saya akan kongsikan macam mana korang boleh daftar sendiri dan beli sendiri terus dengan HQ herbalife tanpa beli dengan ejen. Nak tahu macam mana? Tunggu next posting ya.

Terima kasih


Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code