Saya peminat tegar Kopi. Minum kopi tanpa gula itu satu nikmat yang tak terperi. Cappucino, latte, americano, mocha, senaraikan lah apa saja nama, yang penting kopi tanpa gula, saya akan minum.
Aroma kopi itu boleh buatkan saya tenang, meneguk secangkir kopi pula akan buatkan tambah semangat. Minum kopi itu saja sudah boleh buatkan gembira.
Dulu masa kecil-kecil ayah dan ibu hantar ke tadika Cina, Tadika Asean di Taman Gaya. Pakai seluar pendek, tali leher dan berbaju warna biru. Cukup 2 tahun, saya mengadu tak boleh dan takut untuk teruskan belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.
Darjah 1, masuk sekolah rendah kebangsaan SEDC, tampoi. Tak jauh dari berek polis tempat tinggal. Jalan kaki setiap pagi 30 minit dah sampai di sekolah. Di sekolah ini, berkenalan dengan ahmeng, muthu dan Sharizal. Saya belajar bergaul, bergaduh, bermain, dan kenal erti cinta monyet!
Tamat darjah 6, terus dihantar nun jauh ke Benut. Belajar Agama! Selama 3 tahun banyak belajar erti pendidikan dan erti kesusahan. Sekolah agama swasta yang tidak sempurna banggunannya. Tandas hanya ada 1 yang direbut setiap pagi. Mandi ramai-ramai, jam 430 pagi sudah beratur menunggu giliran mengisi air di baldi.
3 tahun yang penuh pengertian. Alhamdulilah, aku cemerlang.
Tingkatan 4 & 5 di hantar pula ke SMKA Pedas, Negeri Sembilan. Tanah adat penuh berkat. Saya keluar dengan 9A 2B 1C, dan seterusnya menyambung pelajar di Matrikulasi Perlis.
Berkat Doa ibubapa, aku graduasi dengan 3.9 CGPA.
Sementara menunggu masuk Universiti, adalah 2-3 temuduga aku hadiri untuk program biasiswa. Akhirnya saya diterima masuk ke MMU Cyberjaya.
Pernah bekerja di TM.
Kemudian mulakan perniagaan sehingga ke hari ini aku berniaga.
Selain dari berniaga, saya juga suka menulis.
Sudah ada 4 buah buku tulisan sendiri, yang diterbit penerbit yang berbeza.
Sudah mempunyai 3 orang cahaya mata.
Doakan saya terus istiqomah menulis di blog ini :)
Jika anda atau sesiapa saja yang baca blog ini, dan berminat untuk menyumbang pembiayaan domain dan server blog ini. Jemput KLIK link DI BAWAH ini:
Jika anda atau sesiapa saja yang baca blog ini, dan berminat untuk menyumbang pembiayaan domain dan server blog ini. Jemput KLIK link DI BAWAH ini:
2 Ulasan
Jom mengopi lagi
BalasPadamJOm doc :)
Padam